SHAH ALAM:
Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan esok (15 Jun) sebagai mendengar
hujahan terhadap kes saman Umno terhadap Harakah berhubung artikel yang
mengaitkan serbuan ke atas gereja tahun lepas.
Datuk
Ahmad Zaki Husin bertindak sebagai hakim dalam kes ini menetapkan
tarikh tersebut setelah mendengar keterangan dari semua saksi defenden
dan juga plantif.
Mahkamah
yang bersambung hari ini mendengar keterangan dari Setiausaha Agung
Datuk Mustafa Ali yang merupakan individu yang memberi kenyataan
berhubung dakwaan tersebut.
Mustafa dalam laporannya sebelum ini mendakwa beliau mendapat maklumat, serbuan ke atas gereja itu didalangi oleh Umno.
Beliau
yang menjawab pertanyaan peguam Asmuni Awi berhubung dengan dakwaannya
itu menyatakan melalui maklumat yang diterima yang mengatakan di dalam
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mempunyai orang Umno serta ada
agenda tertentu.
Malah jelasnya, individu yang memberi maklumat itu merupakan kakitangan Jais.
"Saya mendapat maklumat melalui telefon yang mengatakan ada orang Umno di dalam Jais dan mereka mempunyai agenda tertentu.
"Pemberi maklumat tersebut juga merupakan kakitangan Jais namun identiti mereka tidak didedahkan," jelasnya.
Tambahnya,
Datuk Dr Hasan Mohamad Ali ketika menjadi exco bukan sahaja memberi
penjelasan malah turut memberi taklimat kepada Jawatankuasa PAS Pusat
bagi menerangkan apa yang telah berlaku semasa serbuan ke gereja
tersebut.
Selain Setiausaha Agung PAS, turut dipanggil A. Zarin A. Kudus yang bertindak sebagai pihak pencetak Harakah, Angkatan Edaran.
Jelasnya
ketika pertanyaan peguamnya, Zulhazmi Shariff, pihaknya tidak berhak
untuk mengubah atau menelefon sesiapa yang nama mereka terkandung di
dalam aktikel yang dikeluarkan.
Malah pihaknya hanya memproses cetakkan mengikut apa jua maklumat yang dihantar.
Beliau juga turut bersetuju bahawa akhbar Harakah itu diterbitkan hanya untuk ahli PAS sahaja.
Sebelum
itu, Umno Selangor melalui Setiausaha Perhubungannya, Ir Datuk Seri
Mohd Zin bin Mohamed menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang, timbalannya Haji Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk
Mustafa Ali, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, wartawan
Harakah, Khairul Azlan Mohamad serta pencetak Harakah, Angkatan Edaran.
Bagaimanapun nama Abdul Hadi dan Mohamad Sabu telah ditolak oleh mahkamah dari menjadi defendan.
Umno
Selangor menuntut gantirugi RM10 juta atas dakwaan akhbar Harakah
memfitnah Umno Selangor di dalam satu artikel bertajuk 'PAS akan dedah
bukti Umno main peranan operasi Jais'.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.