Followers

Saturday, June 2, 2012

Rumah Kebajikan Bakal Terima Bantuan Geran SelangorKU - By Norhayati Umor

 

BERANANG 02 JUN : Institusi rumah kebajikan di negeri ini bakal mendapat peruntukkan oleh Kerajaan Negeri di bawah Geran Selangorku.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri akan membincangkan secara lebih lanjut berhubung bantuan yang diperuntukkan kepada mana-mana institusi rumah kebajikan itu.

Katanya, peruntukkan itu akan disalurkan sebagaimana bantuan kepada rumah ibadat untuk semua kaum dan peruntukkan sekolah-sekolah di sekitar negeri yang sudah diberikan.

“Saya akan panjangkan perkara ini ke Mesyuarat Exco supaya institusi ini dapat diberi peruntukkan di bawah Geran Selangorku, kita akan mencari jalan supaya mereka ini dibantu.

“Oleh itu, tindakan segera perlu dilakukan oleh Exco yang terlibat untuk mengumpul data-data dan menentukan senarai institusi yang terlibat,” katanya ketika mengadakan lawatan di Pusat Jagaan Nur Hasanah di Kampung Sesapan Kelubi, Beranang.

Dalam lawatan itu, Abdul Khalid sempat meluangkan masa melawat pusat itu kira-kira 20 minit sebelum ke Program Penerangan Geran Selangorku dan Program Khas Mesra Rakyat di kampung terbabit.

Hadir sama, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail; Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu dan Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari serta MP Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat.



Selangorku

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.