TANJONG KARANG, 1 JUN : Walaupun DUN Sungai Burong dimenangi
pembangkang Umno-BN, ia tidak menjadi halangan bagi masyarakat di situ
menerima bantuan Skim Mesra Usia Warga Emas yang dianjurkan Kerajaan
Negeri Pakatan Rakyat Selangor.
Semua ini berkat usaha gigih Pusat Khidmat DUN Sungai Burong yang dikepalai Naib Yang Dipertua PAS kawasan Misran Serman.
Jelasnya, sehingga kini seramai 600 orang bagi kawasan DUN ini sudah
menerima bantuan Fasa 1 SMUE di bawah program Merakyat Ekonomi Selangor
(MES).
“Pusat Khidmat DUN Sungai Burong menerima dana daripada Kerajaan
Negeri untuk disalurkan kepada semua rakyat yang memerlukan bantuan
tanpa mengira latar belakang politik mereka,” katanya ketika ditemui di
sini.
Sehubungan itu, Walaupun ada di antara penduduk di sini merupakan
penyokong kuat pembangkang BN, namun mereka tetap mendapat hak yang
dijanjikan oleh Kerajaan Negeri.
Misnan berkata, terdapat beberapa orang penduduk hingga menitiskan
air mata kegembiraan tatkala menerima bantuan berjumlah RM1000 itu.
Sementara itu, seorang penduduk Kampung Pinang Sungai Burong,
Zulkarnain Baharuddin turut menerima bantuan SMUE daripada kerajaan
negeri yang disampaikan oleh Misran bersama Ketua Kampung Pinang Sungai
Burong, Tasimin Pomin.
Katanya, prosedur bagi permohonan SMUE kini dilakukan lebih teliti demi menjaga hak generasi emas di kawasan ini tidak terabai.
“Waris-waris warga emas di kawasan ini kebanyakannya tinggal di Kuala
Lumpur dan bandar-bandar lain, dan selepas mendapat wang RM1000 mereka
terus ke rumah masing-masing dan tidak dapat dihubungi,” ujarnya sambil
menyatakan setiap permohonan perlu menyediakan beberapa dokumen penting
seperti kad pengenalan waris dan nombor telefon.
Selain itu, atas inisiatif serta dorongan ingin membantu golongan
kurang bernasib baik, Ketua Kampung Tok Adam Tanjong Karang, Mohammad
Saad Bakar berbesar hati memberikan sumbangan bantuan makanan berupa
beras dan barangan harian kepada 50 orang penduduk miskin di kawasannya.
Mohammad Saad berkata, pemberian bantuan ini dilakukan atas dasar
simpati dan sifat ingin membantu golongan kurang bernasib baik.
Beberapa penduduk seperti Husin Mat Yasir (gambar) yang tinggal di
perumahan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di sini turut
menerima sumbangan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.