Followers

Friday, June 1, 2012

Panas: Isu NFC, ShahrizaBoleh Di Lepaskan Oleh SPRM Tetapi "Tidak Di Mata Rakyat" Sebenarnya !

Keputusan Panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggugurkan penglibatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam memberikan projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) bernilai RM250 juta kepada syarikat yang dikendalikan ahli keluarganya sungguh mengelirukan rakyat sebenarnya. 

Pengerusi PPO Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil.,  pada Khamis berkata, siasatan terhadap penglibatan Shahrizat dalam NFC kini ditutup.

Keputusan itu berikutan beliau didapati tidak terlibat dalam proses pemberian pinjaman atau kontrak kepada syarikat tersebut. Ramai yang sangsi dengan keputusan ini kerana mana mungkin seorang isteri tidak tahu menahu perniagaan yang dijalankan oleh suaminya sendiri.

Persoalannya yang timbul, Shahrizat ketika itu berada dalam kabinet kerajaan UMNO BN dan keputusan kelulusan projek berkenaan dibuat oleh kabinet dan sudah pasti anggota kabinet tahu syarikat yang ditawarkan projek tersebut adalah kepunyaan suami Shahrizat.

Makanya, jika pun dia tidak terlibat secara langsung dengan proses pemberian pinjaman dan kontrak namun dia sudah pasti mempunyai kepentingan dalam syarikat terbabit sebenarnya. Dengan melepaskan Shahrizat kini rakyat tertanya-tanya, apakah ia bertujuan untuk melindungi lain-lain pemimpin yang sepatutnya terpalit dengan isu ini.

Apakah keputsan SPRM ini dibuat atas desakan pihak tertentu yang tidak mahu Shahrizat mendedahkan nama-nama pemimpin yang terlibat dalam kes ini. Lantaran itulah rakyat tidak terkejut, Shahrizat tidak disambung kontrak sebagai Senator sebaliknya dibiarkan terus memimpin Pergerakan Wanita UMNO.

Apapun yang berlaku, kini kreadibili Shahrizat dan kerajaan UMNO BN sendiri sudah rosak di mata rakyat. Keputusan ke atas Shahrizat dilihat tidak lebih untuk menutup rahsia di sebalik skandal tersebut.

Malahan, tindakan Bank Negara memanggil Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan memaksa beliau mendedahkan bagaimana maklumat akaun suami Shahrizat jelas sekali untuk memberi tekanan kepada rakyat yang mendedahkan penyelewangan dan rasuah yang dilakukan.

Sepatutnya, suami Shahrizat yang disiasat kerana menyelewengkan wang rakyat, namun kini sudah jadi terbalik pula.

Mereka yang mengadu dan membongkar isu berkenaan diberi tekanan demi tekanan. Sebaliknya, mereka yang melakukan perbuatan tersebut seolah-olah hendak dilepaskan.


Shahrizat boleh terlepas dari SPRM, tetapi tidak mungkin di mata rakyat

[Dengan keputusan SPRM terhadap Shahrizat ini, maka kita tidak hairan suami beliau iaitu Dr Mohamad Salleh Ismail juga akan terlepas dalam kes ini sebelum Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ia bagi memberi imej dan gambaran kononnya kerajaan UMNO BN tidak pernah melakukan apa-apa penyelewengan dalam skandal NFC ini.

Justeru, rakyat diminta bersabar melihat apa yang berlaku. Anggaplah ia hanyalah satu sandiwara politik peringkat tertinggi antara pemimpin UMNO dalam usaha membersihkan diri mereka dari perbuatan khianat ini.

SPRM dijadikan alat untuk membersihlan nama Sharizat, namun tidak dimata rakyat. Kita yakin Shahrizat terlibat dalam apa jua cara sekali pun terhadap kes ini, kerana yang didakwa ialah syarikat suami dan ahli keluarganya.

Jangan memperbodohkan rakyat dengan keputusan memalukan ini. Maka, lakukan perubahan pada PRU-13 ini nanti jika mahu melihat kebenaran tercipta].


PAHANG DAILY ONLINE (PDO)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.