AMK berpandangan bahawa dakwaan Raja Petra tersebut hanya bersifat
politik dan bertujuan untuk memburuk-burukkan imej pemimpin KEADILAN
khususnya dalam tempoh menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Jika
dirujuk pada fakta mahkamah dan arkib media, ternyata bahawa YB Mohamed
Azmin telah pun memberikan kerjasama kepada BPR berkaitan dakwaan rasuah
ke atas beliau pada 1995 tanpa melibatkan sebarang pertuduhan susulan
di mahkamah.
Menurut pertuduhan tersebut, pada 24 Mei
1995 pada jam 5.30 petang, YB Dato’ Seri Anwar telah menggunakan
kedudukan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu untuk
mencampuri urusan penyiasatan dan mempengaruhi Dato’ Shafee Yahaya
(Ketua Pengarah BPR ketika itu) supaya menutup penyiasatan ke atas
dakwaan rasuah melibatkan YB Mohamed Azmin.
Walaubagaimanapun pertuduhan tersebut telah digugurkan oleh mendiang Augustine Paul, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Mei 2001 dan Dato’ Seri Anwar dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.
Berhubung dengan dakwaan rasuah melibatkan YB Mohamed Azmin pada
tahun 1995 seperti yang dibangkitkan oleh Raja Petra, isu ini telah pun
dijelaskan oleh bekas Ketua Pengarah BPR, Dato’ Shafee Yahaya menerusi
catatan biografi yang ditulis oleh Kalsom Taib berjudul The Shafee
Yahaya Story: Estate Boy To ACA Chief pada halaman 306 – 308. Selain
itu, laporan akhbar New Straits Times bertarikh 31 Mei 2012, bertajuk
‘Shafee denies allegation’ turut menyatakan “there was no strong element
of corruption in the case” (tiada elemen kuat melibatkan rasuah dalam
kes tersebut).
Justeru, AMK tegas berpendirian bahawa dakwaan Raja Petra bermotif politik dan bertujuan untuk mewujudkan persepsi negatif terhadap kredibiliti pemimpin KEADILAN. Ini merupakan ulangan dakwaan lapuk seperti yang digunakan oleh UMNO sebelum ini untuk memfitnah pemimpin KEADILAN.
KetuaAngkatan Muda KEADILAN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.