Orang ramai yang hadir ke Perhimpunan Bersih 3.0 di
Kuala Lumpur baru-baru ini terkejut dan masih trauma dengan tindakan
drastik anggota polis yang menyerang mereka umpama penjenayah pada hari
tersebut. Senario yang berlaku menggambarkan kepada kita kejadian yang
sama berlaku kepada rakyat Palestin ketika berhadapan dengan tentera Israel di Tel Aviv
sejak sekian lama.
Mereka kini tertanya-tanya, apakah benar yang
bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0 itu adalah anggota polis
atau pun pihak lain yang diupah oleh puak UMNO BN agaknya?.
Ini kerana terdapat laporan sulit mengatakan, majoriti polis yang bertindak ganas terhadap peserta itu adalah "polis part time"
yang telah diupah dan dilatih untuk bertindak serupa itu ketika
berhadapan dengan peserta Bersih 3.0. Umum masih ingat sebelum kejadian
ini dulu, sememangnya insiden keganasan "ala samseng"
telah berlaku dalam banyak ceramah umum dan program pembangkang di
negara ini.
Ceramah pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah dikacau
ganggu dengan dasyat oleh pihak mereka yang dikenali sebagai kumpulan "berbaju hitam". Malah
sebelum Bersih 3.0 juga, tindakan yang sama telah dilakukan oleh
kumpulan terbabit terhadap mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka.
Tindakan samseng tersebut dibiarkan saja oleh pihak polis, walau pun
para mahasiswa menjerit-jerit meminta pertolongan dari mereka. Senario
ini membuktikan, polis seolah-olah akur dan memberi lesen kepada
kumpulan samseng berkenaan untuk membuat tindakan tanpa ada sebarang
halangan.
Justeru, ada laporan mengatakan sebahagian besar anggota polis
yang mengganas pada perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini adalah terdiri
daripada kumpulan terbabit itu agaknya.
Jika Polis, Kenapa 'Tidak Ikut Displin' Di Unifrom
Bukti yang jelas menunjukkan, majoriti polis berbaju biru gelap yang mengejar, menangkap serta membelasah para peserta pada hari tersebut tidak mempunyai "nombor siri polis" dan "tag nama" pada uniform masing-masing.
Jika Polis, Kenapa 'Tidak Ikut Displin' Di Unifrom
Bukti yang jelas menunjukkan, majoriti polis berbaju biru gelap yang mengejar, menangkap serta membelasah para peserta pada hari tersebut tidak mempunyai "nombor siri polis" dan "tag nama" pada uniform masing-masing.
Soalnya kenapa mereka tidak memakai nombor siri
polis pada baju, sedangkan biasanya kita lihat polis perlu berdisplin
ketika bertugas.
Malah, mereka wajib berpakaian lengkap untuk memudahkan
pihak atasan mengenali pegawai bawahan jika berlaku sebarang insiden
yang tidak diingin.
Soalnya kenapa mereka tidak memaikan nombor siri
tersebut. Jika di Bersih 2.0 pada Julai 2011 dulu, memang benar ramai
anggota polis tidak memakai nombor bagi mengelakkan mereka di saman oleh
orang awam.
Malah, seramai
57 ahli PAS gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan
dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak mencatatkan nama dan
nombor keahlian polis yang menangkap mereka dalam himpunan aman Bersih
2.0 dulu.
Kegagalan mereka berbuat demikian kerana sebahagian
daripada polis yang menangkap mereka itu hanya meletakkan nama, tetapi
tidak meletakkan nombor keahlian polis pada uniform yang dipakai oleh
mereka ketika melakukan tangkapan terhadap orang awam pada hari itu.
Namun, di Bersih 3.0 senarionya jauh lebih dasyat apabila polis yang
bertugas bukan sahaja tiada nombor siri, malahan juga tiada tag nama
pada uniform masing-masing.
Soalnya sekarang, apakah mereka semua ini
benar-benar anggota polis atau "samseng upahan UMNO"
yang diberi lesen untuk bertindak ganas kepada para peserta terbabit
agaknya?. Inilah yang kelirukan orang ramai terutamanya mereka yang dibelasah teruk hari itu.
Majoriti polis yang bertindak ganas itu tidak punyai tag nama pada uniform
Bukti, ada polis yang punyai "tag nama" dan berjaya dikesan identiti mereka
Jika mereka benar-benar polis, pasti tidak tergamak membelasah sedemikian rupa. Masih kita ingat di Bersih 2.0, dimana anggota polis hanya mengejar, menangkap dan menahan para peserta tanpa membelasah teruk melainkan yang melawan dan membuat provokasi sahaja. Malah, seorang polis ditugaskan mengejar dan menangkap seorang peserta sahaja.
Majoriti polis yang bertindak ganas itu tidak punyai tag nama pada uniform
Apa yang lebih mengelirukan, kenapa ada anggota polis yang mempunyai "tag nama"
seperti gambar di bawah. Kenapa pula ramai yang tiada?. Ini
membuktikan kepada kita bahawa bukan semua polis yang bertindak ganas
itu adalah polis. Majoritinya adalah pihak luar yang diberi lesen untuk
bertindak ganas terhadap para peserta Bersih 3.0.
Apakah mereka juga
kumpulan yang sama menyerang mahasiswa dan juga ceramah-ceramah
pembangkang sebelum ini agaknya?. Inilah satu persoalan yang kini
bermain di fikiran rakyat. Mereka hairan dengan tindakan pihak polis yang begitu ganas dari kebiasaannya pada hari itu. Inilah yang difikirkan!.
Bukti, ada polis yang punyai "tag nama" dan berjaya dikesan identiti mereka
Jika mereka benar-benar polis, pasti tidak tergamak membelasah sedemikian rupa. Masih kita ingat di Bersih 2.0, dimana anggota polis hanya mengejar, menangkap dan menahan para peserta tanpa membelasah teruk melainkan yang melawan dan membuat provokasi sahaja. Malah, seorang polis ditugaskan mengejar dan menangkap seorang peserta sahaja.
Namun,
di Bersih 3.0 senario amat jauh sekali berbeza. Polis membelasah peserta
secara terbuka dikhalayak ramai tanpa mengambilkira ada pihak yang
merakamkan adengan tersebut. Bukankah selama ini, jika pun polis mahu
membelasah penjenayah maka mereka akan lakukan didalam bilik gelap yang
tertutup.
Tetapi ia bertujuan untuk mendapatkan apa-apa maklumat dan
bukan membelasah sesuka hati tanpa belas kasihan. Namun, apa yang
berlaku di Perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini jelas sekali bercanggah
dengan undang-undang dan peraturan jabatan polis itu sendiri.
Kenapa Polis Guna "Buku Lima" Belasah Peserta
Jika pun peserta Bersih 3.0 itu dikatakan bersalah, mungkin kerana mereka dituduh serta perhimpunan haram oleh pihak polis. Namun, mereka yang ditangkap dan dibelasah itu bukanlah masuk ke dalam Dataran Merdeka. Maka, kenapa perlu mereka dibelasah sedemikian rupa.
Jika pun peserta Bersih 3.0 itu dikatakan bersalah, mungkin kerana mereka dituduh serta perhimpunan haram oleh pihak polis. Namun, mereka yang ditangkap dan dibelasah itu bukanlah masuk ke dalam Dataran Merdeka. Maka, kenapa perlu mereka dibelasah sedemikian rupa.
Bukan seorang
atau dua orang polis bertindak, malah berpuluh-puluh orang hingga
menyebabkan ramai yang mengalami kecederaan parah dan ada juga yang
dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari kejadian. Tambah mengejutkan ada diantara mereka yang dibenarkan menggunakan "buku lima" ketika
membelasah para peserta. Bukankah ini menyalahi undang-undang polis itu
sendiri?. Kenapa ia berlaku?.
Apakah peserta itu adalah penjenayah yang
amat dikehendaki agaknya. Mereka datang tanpa senjata dan mereka hanya
mahu ke Dataran Merdeka untuk "Duduk Bantah"
bagi memprotes amalan pilihanraya di Malaysia agar ia kembali adil dan
saksama untuk seluruh rakyat. Maka, apakah kewajaran pihak polis
memperlakukan sedemikian rupa terhadap mereka. Bukan sahaja yang muda
malah yang tua termasuk wanita juga ada yang dibelasah.
Tanpa belas
ehsan dan tanpa timbang rasa mereka dihenyak, dihentak, diterajang serta
diperlakukan seperti binatang oleh pihak polis pada hari itu. Tambah
mengejutkan, anggota polis trafik yang selama ini berhemah ketika
bertugas juga sudah mengganas.
Mereka juga turut membelasah, malah ada
yang menghalakan senjata api kepada orang awam. Apakah ini budaya "samseng"
yang mahu ditanamkan kepada anggota polis agar menjadikan rakyat
sebagai musuh mereka?. Inilah kemusykilan yang membelenggu rakyat
Malaysia sekarang.
Bukti, polis yang juga ahli BN ini tiada tag nama, no.siri dan guna buku lima
Bukti, polis yang juga ahli BN ini tiada tag nama, no.siri dan guna buku lima
Malah, apa yang lebih mengejutkan lagi ada sebahagian anggota polis terbabit dipercayai merupakan orang kuat UMNO BN sebenarnya(foto).
Maknanya, pihak polis bukan bertugas untuk menjaga keselamatan negara
tetapi tidak mahu rakyat mengancam keselamatan BN sebenarnya. Apakah
rakyat boleh percaya pilihanraya dapat dijalankan dengan adil dan
saksama kali ini. Jika ramai anggota polis itu kini adalah anggota
sekutu BN.
Lantaran itulah kita tidak hairan mereka mengamuk sakan dan
menjadikan rakyat terutamanya bagi mereka yang menyokong parti
pembangkang sebagai mangsa mereka. Apakah fenomena ini harus dibiar
begitu sahaja?.
[Persoalannya
sekarang, apakah selesai dan pengaruh kerajaan UMNO BN meningkat dengan
tindakan yang tidak berperikemanusiaan sebegini agaknya?.
Kenapa perlu
bertindak terlalu ganas, sedangkan rakyat yang hadir ke Bersih 3.0
hanyalah datang untuk berhimpun secara aman. Jika pun mereka bersalah
dan langgar perintah mahkamah, mungkin jika mereka masuk ke Dataran
Merdeka. Namun, kenapa polis bertindak zalim mengejar dan membelasah
para peserta yang berada di lokasi lain dengan sewenang-wenangnya.
Malah, lebih memeritkan apabila mereka juga tergamak membelasah peserta
dalam kawasan masjid ketika azan sedang berkumandang. Senario ini amat
memalukan dan jelas sekali menggambarkan mereka bukan anggota polis
sebenarnya.
Polis mempunyai displin dan tidak melakukan tindakan
sewenang-wenangnya begitu. Hanya mereka yang berlagak samseng sahaja
yang tergamak melakukan perbuatan sedemikan rupa terhadap rakyat yang
tidak berdosa.
Tidak perlu memerangi rakyat, sedangkan ramai ibu bapa,
ahli keluarga dan saudara mara anggota polis terbabit juga menyokong
pembangkang sebenarnya. Tergamak mereka lakukan keganasan seperti ini,
hanya untuk melempiaskan hawa nafsu pemerintah yang takut kehilangan
kuasa.
Oleh itu, lakukanlah perubahan dan pastikan UMNO BN tumbang pada
PRU-13 ini untuk memberi laluan kepada Pakatan Rakyat pulihkan kembali
integriti polis di negara ini. Lakukan perubahan demi masa depan negara
Malaysia].
Pahang Daily Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.