Sunday, May 6, 2012

Tindakan "Ganas" Di Bersih 3.0, Benarkah Mereka Anggota Polis Atau Pun "Samseng Upahan" UMNO!



Orang ramai yang hadir ke Perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur baru-baru ini terkejut dan masih trauma dengan tindakan drastik anggota polis yang menyerang mereka umpama penjenayah pada hari tersebut. Senario yang berlaku menggambarkan kepada kita kejadian yang sama berlaku kepada rakyat Palestin ketika berhadapan dengan tentera Israel di Tel Aviv sejak sekian lama. 
Mereka kini tertanya-tanya, apakah benar yang bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0 itu adalah anggota polis atau pun pihak lain yang diupah oleh puak UMNO BN agaknya?. 
Ini kerana terdapat laporan sulit mengatakan, majoriti polis yang bertindak ganas terhadap peserta itu adalah "polis part time" yang telah diupah dan dilatih untuk bertindak serupa itu ketika berhadapan dengan peserta Bersih 3.0. Umum masih ingat sebelum kejadian ini dulu, sememangnya insiden keganasan "ala samseng" telah berlaku dalam banyak ceramah umum dan program pembangkang di negara ini. 
Ceramah pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat telah dikacau ganggu dengan dasyat oleh pihak mereka yang dikenali sebagai kumpulan "berbaju hitam". Malah sebelum Bersih 3.0 juga, tindakan yang sama telah dilakukan oleh kumpulan terbabit terhadap mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka. 
Tindakan samseng tersebut dibiarkan saja oleh pihak polis, walau pun para mahasiswa menjerit-jerit meminta pertolongan dari mereka. Senario ini membuktikan, polis seolah-olah akur dan memberi lesen kepada kumpulan samseng berkenaan untuk membuat tindakan tanpa ada sebarang halangan. 
Justeru, ada laporan mengatakan sebahagian besar anggota polis yang mengganas pada perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini adalah terdiri daripada kumpulan terbabit itu agaknya.

Jika Polis, Kenapa 'Tidak Ikut Displin' Di Unifrom


Bukti yang jelas menunjukkan, majoriti polis berbaju biru gelap yang mengejar, menangkap serta membelasah para peserta pada hari tersebut tidak mempunyai "nombor siri polis" dan "tag nama" pada uniform masing-masing. 
Soalnya kenapa mereka tidak memakai nombor siri polis pada baju, sedangkan biasanya kita lihat polis perlu berdisplin ketika bertugas. 
Malah, mereka wajib berpakaian lengkap untuk memudahkan pihak atasan mengenali pegawai bawahan jika berlaku sebarang insiden yang tidak diingin. 
Soalnya kenapa mereka tidak memaikan nombor siri tersebut. Jika di Bersih 2.0 pada Julai 2011 dulu, memang benar ramai anggota polis tidak memakai nombor bagi mengelakkan mereka di saman oleh orang awam. 
Malah, seramai 57 ahli PAS gagal mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana tidak mencatatkan nama dan nombor keahlian polis yang menangkap mereka dalam himpunan aman Bersih 2.0 dulu. 
Kegagalan mereka berbuat demikian kerana sebahagian daripada polis yang menangkap mereka itu hanya meletakkan nama, tetapi tidak meletakkan nombor keahlian polis pada uniform yang dipakai oleh mereka ketika melakukan tangkapan terhadap orang awam pada hari itu. 
Namun, di Bersih 3.0 senarionya jauh lebih dasyat apabila polis yang bertugas bukan sahaja tiada nombor siri, malahan juga tiada tag nama pada uniform masing-masing. 
Soalnya sekarang, apakah mereka semua ini benar-benar anggota polis atau "samseng upahan UMNO" yang diberi lesen untuk bertindak ganas kepada para peserta terbabit agaknya?. Inilah yang kelirukan orang ramai terutamanya mereka yang dibelasah teruk hari itu.

Majoriti polis yang bertindak ganas itu tidak punyai tag nama pada uniform

Apa yang lebih mengelirukan, kenapa ada anggota polis yang mempunyai "tag nama" seperti gambar di bawah. Kenapa pula ramai yang tiada?. Ini membuktikan kepada kita bahawa bukan semua polis yang bertindak ganas itu adalah polis. Majoritinya adalah pihak luar yang diberi lesen untuk bertindak ganas terhadap para peserta Bersih 3.0. 
Apakah mereka juga kumpulan yang sama menyerang mahasiswa dan juga ceramah-ceramah pembangkang sebelum ini agaknya?. Inilah satu persoalan yang kini bermain di fikiran rakyat. Mereka hairan dengan tindakan pihak polis yang begitu ganas dari kebiasaannya pada hari itu. Inilah yang difikirkan!.

Bukti, ada polis yang punyai "tag nama" dan berjaya dikesan identiti mereka


Jika mereka benar-benar polis, pasti tidak tergamak membelasah sedemikian rupa. Masih kita ingat di Bersih 2.0, dimana anggota polis hanya mengejar, menangkap dan menahan para peserta tanpa membelasah teruk melainkan yang melawan dan membuat provokasi sahaja. Malah, seorang polis ditugaskan mengejar dan menangkap seorang peserta sahaja. 
Namun, di Bersih 3.0 senario amat jauh sekali berbeza. Polis membelasah peserta secara terbuka dikhalayak ramai tanpa mengambilkira ada pihak yang merakamkan adengan tersebut. Bukankah selama ini, jika pun polis mahu membelasah penjenayah maka mereka akan lakukan didalam bilik gelap yang tertutup. 
Tetapi ia bertujuan untuk mendapatkan apa-apa maklumat dan bukan membelasah sesuka hati tanpa belas kasihan. Namun, apa yang berlaku di Perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini jelas sekali bercanggah dengan undang-undang dan peraturan jabatan polis itu sendiri.


Kenapa Polis Guna "Buku Lima" Belasah Peserta

Jika pun peserta Bersih 3.0 itu dikatakan bersalah, mungkin kerana mereka dituduh serta perhimpunan haram oleh pihak polis. Namun, mereka yang ditangkap dan dibelasah itu bukanlah masuk ke dalam Dataran Merdeka. Maka, kenapa perlu mereka dibelasah sedemikian rupa. 
Bukan seorang atau dua orang polis bertindak, malah berpuluh-puluh orang hingga menyebabkan ramai yang mengalami kecederaan parah dan ada juga yang dihantar ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada hari kejadian. Tambah mengejutkan ada diantara mereka yang dibenarkan menggunakan "buku lima" ketika membelasah para peserta. Bukankah ini menyalahi undang-undang polis itu sendiri?. Kenapa ia berlaku?. 
Apakah peserta itu adalah penjenayah yang amat dikehendaki agaknya. Mereka datang tanpa senjata dan mereka hanya mahu ke Dataran Merdeka untuk "Duduk Bantah" bagi memprotes amalan pilihanraya di Malaysia agar ia kembali adil dan saksama untuk seluruh rakyat. Maka, apakah kewajaran pihak polis memperlakukan sedemikian rupa terhadap mereka. Bukan sahaja yang muda malah yang tua termasuk wanita juga ada yang dibelasah. 
Tanpa belas ehsan dan tanpa timbang rasa mereka dihenyak, dihentak, diterajang serta diperlakukan seperti binatang oleh pihak polis pada hari itu. Tambah mengejutkan, anggota polis trafik yang selama ini berhemah ketika bertugas juga sudah mengganas. 
Mereka juga turut membelasah, malah ada yang menghalakan senjata api kepada orang awam. Apakah ini budaya "samseng" yang mahu ditanamkan kepada anggota polis agar menjadikan rakyat sebagai musuh mereka?. Inilah kemusykilan yang membelenggu rakyat Malaysia sekarang.


Bukti, polis yang juga ahli BN ini tiada tag nama, no.siri dan guna buku lima

Malah, apa yang lebih mengejutkan lagi ada sebahagian anggota polis terbabit dipercayai merupakan orang kuat UMNO BN sebenarnya(foto)
Maknanya, pihak polis bukan bertugas untuk menjaga keselamatan negara tetapi tidak mahu rakyat mengancam keselamatan BN sebenarnya. Apakah rakyat boleh percaya pilihanraya dapat dijalankan dengan adil dan saksama kali ini. Jika ramai anggota polis itu kini adalah anggota sekutu BN. 
Lantaran itulah kita tidak hairan mereka mengamuk sakan dan menjadikan rakyat terutamanya bagi mereka yang menyokong parti pembangkang sebagai mangsa mereka. Apakah fenomena ini harus dibiar begitu sahaja?.
[Persoalannya sekarang, apakah selesai dan pengaruh kerajaan UMNO BN meningkat dengan tindakan yang tidak berperikemanusiaan sebegini agaknya?. 
Kenapa perlu bertindak terlalu ganas, sedangkan rakyat yang hadir ke Bersih 3.0 hanyalah datang untuk berhimpun secara aman. Jika pun mereka bersalah dan langgar perintah mahkamah, mungkin jika mereka masuk ke Dataran Merdeka. Namun, kenapa polis bertindak zalim mengejar dan membelasah para peserta yang berada di lokasi lain dengan sewenang-wenangnya. 
Malah, lebih memeritkan apabila mereka juga tergamak membelasah peserta dalam kawasan masjid ketika azan sedang berkumandang. Senario ini amat memalukan dan jelas sekali menggambarkan mereka bukan anggota polis sebenarnya. 
Polis mempunyai displin dan tidak melakukan tindakan sewenang-wenangnya begitu. Hanya mereka yang berlagak samseng sahaja yang tergamak melakukan perbuatan sedemikan rupa terhadap rakyat yang tidak berdosa. 
Tidak perlu memerangi rakyat, sedangkan ramai ibu bapa, ahli keluarga dan saudara mara anggota polis terbabit juga menyokong pembangkang sebenarnya. Tergamak mereka lakukan keganasan seperti ini, hanya untuk melempiaskan hawa nafsu pemerintah yang takut kehilangan kuasa. 
Oleh itu, lakukanlah perubahan dan pastikan UMNO BN tumbang pada PRU-13 ini untuk memberi laluan kepada Pakatan Rakyat pulihkan kembali integriti polis di negara ini. Lakukan perubahan demi masa depan negara Malaysia].
Pahang Daily Online

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.