Followers

Thursday, May 31, 2012

Sekiranya PR tidak 'tuli dan buta'. - Oleh: Newkk

 


tenggelamkah sebuah kerajaan?



Tinggal lagi 9 bulan, edah bagi kerajaan mengadakan PRU 13. Kecuali ada perkara-perkara diluar jangka berlaku. Sebelum ini bermacam-macam andain telah dibuat berhubung dengan tarikh PRU13 tapi semua tidak menepati dengan apa yang ada dalam fikiran PM Najib.

Bagusnya PRU13 dilewatkan sehingga ke penghujung edahnya kerana tentu banyak lagi 'durian runtuh' akan menimpa rakyat, BR1M yang kedua boleh jadi akan ditaburkan lagi dengan menambah pemberian, mungkin kali ini BR1M akan diberi sebanyak RM1000 untuk satu keluarga, RM500 untuk ibubapa dan RM500 untuk anak-anak yang berumur 21 tahun keatas.

Begitu juga untuk anak-anak peneroka yang sudah berumahtangga dan umurnya 21 tahun keatas juga akan diberi RM5000. Polis pecen dan tentera akan diberi elaun tambahan sehingga meninggal dunia (kerana orang mati dah tak boleh mengundi), beginilah agaknya akan terjadi sekiranya PRU13 lambat lagi.

Ini semua kerana kepintaran rakyat, rakyat tahu bahawa kerajaan BN sudah terdesak dan semakin 'nazak' ekoran kesedaran rakyat bahawa banyak sangat keborasan dan ketirisan berlaku kini, rakyat mahu sebuah kerajaan yang prihatin kepada rakyat, rakyat akan menolak sebuah kerajaan hanya mementingkan kroni dan puak, rakyat mahu sebuah kerajaan yang sentiasa cakna kepada mereka.

Isu PTPTN, Lembu, Kapal Selam, Kapal Terbang, Cincin, Bag Tangan dll adalah satu perkara yang tak boleh dimaafkan oleh rakyat, kenyataan penafian oleh pihak kerajaan sudah tidak diterima pakai oleh rakyat bahkan rakyat 100% percaya apa yang didedahkan oleh pembangkang adalah benar.

Rakyat sebenarnya tidaklah benci kepada UMNO tapi rakyat benci kepada orangnya, kerana secara terang-terang pemimpin UMNO bercakap lain buat lain seolah-oleh rakyat malaysia ini masih jakun, sedangkan rakyat hari ini lebih pintar dan cerdik sekiranya dibandingkan sesetengah menteri dalam kebinat PM Najib.

Kerana menteri dalam kebinat PM Najib ada yang lebih jakun dari jakun, banyak skandal moral yang membuat rakyat telah muak dan akan berpihak kepada pembangkang dalam usaha untuk mencuba sebuah kerajaan baru. Ini kerana fenomena tukar kerajaan sedang berlaku disekitar negara malaysia, contoh terdekat ialah Indonesia dan Thailand.

Rakyat juga menaruh kebimbangan sekiranya kerajaan tidak bertukar, satu ketika nanti negara Myanmar akan lebih demokrasi daripada Malaysia. Melihat kepada apa yang terjadi diakhir-akhir ini apabila kerajaan dilihat gagal bertindak terhadap samseng-samseng NGO dan politik sehingga dapat melakukan kebiadapan secara terang-terangan didepan mata, adalah dibimbangi 'demokrasi' hanya sebagai alasan untuk terus menindas rakyat.

Pertukaran kerajaan akan menjadi kenyataan sekiranya PR tidak tuli dan buta manakala UMNO/BN masih leka dengan pengampu-pengampu dan masih mengekalkan Ketua-Ketua Bahagian yang sudah ditolak oleh rakyat pada PRU12 sebagai calun.

Komisen kapal Selam akan menegelamkan sebuah kerajaan?
 
 
-newkk/Nizar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.