tenggelamkah sebuah kerajaan?
Tinggal
lagi 9 bulan, edah bagi kerajaan mengadakan PRU 13. Kecuali ada
perkara-perkara diluar jangka berlaku. Sebelum ini bermacam-macam andain
telah dibuat berhubung dengan tarikh PRU13 tapi semua tidak menepati
dengan apa yang ada dalam fikiran PM Najib.
Bagusnya
PRU13 dilewatkan sehingga ke penghujung edahnya kerana tentu banyak
lagi 'durian runtuh' akan menimpa rakyat, BR1M yang kedua boleh jadi
akan ditaburkan lagi dengan menambah pemberian, mungkin kali ini BR1M
akan diberi sebanyak RM1000 untuk satu keluarga, RM500 untuk ibubapa dan
RM500 untuk anak-anak yang berumur 21 tahun keatas.
Begitu
juga untuk anak-anak peneroka yang sudah berumahtangga dan umurnya 21
tahun keatas juga akan diberi RM5000. Polis pecen dan tentera akan
diberi elaun tambahan sehingga meninggal dunia (kerana orang mati dah
tak boleh mengundi), beginilah agaknya akan terjadi sekiranya PRU13
lambat lagi.
Ini
semua kerana kepintaran rakyat, rakyat tahu bahawa kerajaan BN sudah
terdesak dan semakin 'nazak' ekoran kesedaran rakyat bahawa banyak
sangat keborasan dan ketirisan berlaku kini, rakyat mahu sebuah kerajaan
yang prihatin kepada rakyat, rakyat akan menolak sebuah kerajaan hanya
mementingkan kroni dan puak, rakyat mahu sebuah kerajaan yang sentiasa
cakna kepada mereka.
Isu
PTPTN, Lembu, Kapal Selam, Kapal Terbang, Cincin, Bag Tangan dll adalah
satu perkara yang tak boleh dimaafkan oleh rakyat, kenyataan penafian
oleh pihak kerajaan sudah tidak diterima pakai oleh rakyat bahkan rakyat
100% percaya apa yang didedahkan oleh pembangkang adalah benar.
Rakyat
sebenarnya tidaklah benci kepada UMNO tapi rakyat benci kepada
orangnya, kerana secara terang-terang pemimpin UMNO bercakap lain buat
lain seolah-oleh rakyat malaysia ini masih jakun, sedangkan rakyat hari
ini lebih pintar dan cerdik sekiranya dibandingkan sesetengah menteri
dalam kebinat PM Najib.
Kerana
menteri dalam kebinat PM Najib ada yang lebih jakun dari jakun, banyak
skandal moral yang membuat rakyat telah muak dan akan berpihak kepada
pembangkang dalam usaha untuk mencuba sebuah kerajaan baru. Ini kerana
fenomena tukar kerajaan sedang berlaku disekitar negara malaysia, contoh
terdekat ialah Indonesia dan Thailand.
Rakyat
juga menaruh kebimbangan sekiranya kerajaan tidak bertukar, satu ketika
nanti negara Myanmar akan lebih demokrasi daripada Malaysia. Melihat
kepada apa yang terjadi diakhir-akhir ini apabila kerajaan dilihat gagal
bertindak terhadap samseng-samseng NGO dan politik sehingga dapat
melakukan kebiadapan secara terang-terangan didepan mata, adalah
dibimbangi 'demokrasi' hanya sebagai alasan untuk terus menindas rakyat.
Pertukaran
kerajaan akan menjadi kenyataan sekiranya PR tidak tuli dan buta
manakala UMNO/BN masih leka dengan pengampu-pengampu dan masih
mengekalkan Ketua-Ketua Bahagian yang sudah ditolak oleh rakyat pada
PRU12 sebagai calun.
Komisen kapal Selam akan menegelamkan sebuah kerajaan?
-newkk/Nizar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.