Followers

Wednesday, May 30, 2012

Ahmad Shabery Selewengkan Fakta Kemalangan


 
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyeleweng berhubung kejadian kemalangan yang menyebabkan 17 cedera ketika Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya Sabtu lalu.

Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata beliau sepatutnya memohon maaf, mengakui kesalahan dan bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.
“Ahmad Shabery menyalahkan takdir kononnya semua yang berlaku sudah takdir,” kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan semalam.

Kemudian katanya beliau menipu kononnya semua mangsa termasuk keluarga menerima kejadian tersebut dan tidak menyalahkan penganjur dengan mengatakan semua mereka redha sedangkan keluarga mangsa dalam proses menyaman pihak penganjur.

“Terbaru pula Menteri terbabit cuba mengalihkan isu dengan memberikan maklumat salah kononnya semua berpunca kerana tidak ada badan mengawal selia acara sukan seperti itu dan Kementerian akan mewujudkan badan yang mengawal selia.

“Ini satu maklumat yang salah,” ujar Chegubard.

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) semalam tampil memberi penjelasan Ahmad Shabery bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor.

Ketua Pengarah Eksekutif MAM Datuk Razlan Razali mengakui bahawa MAM merupakan salah satu dari badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia.

Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.

“Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami,” katanya.

Menurut Razlan, pihak penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan melainkan dengan hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar. -FMT
MAM jawab Shabery: Kami perlu luluskan perlumbaan
Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) hari ini tampil dengan penjelasan kepada menteri belia dan sukan bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor seperti yang menyebabkan 17 orang cedera ketika sambutan Hari Belia, Sabtu lalu.

Ketua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM merupakan salah satu daripada badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia, lapor theSun.

"Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Kos untuk meluluskan perlumbaan itu termasuk perlindungan insurans yang meliputi pelumba, anggota pasukan lumba dan juga penonton, katanya.

Beliau mengulas kenyataan menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilaporkan mahu mengkaji penubuhan badan induk sukan berkenaan dengan alasan, tiada badan khusus bagi mengawal selia sukan itu dengan lebih berkesan.

"Kita ada beberapa badan dan persatuan yang melibatkan sukan permotoran tetapi adakah ia merangkumi perlumbaan seperti ini. Saya perlu mendapatkan lebih maklumat tentang perkara itu," katanya seperti dilaporkan Bernama pada Ahad lalu.

Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.

"Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami,"
kata Razlan yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar.

Sementara itu, penganjur kepada acara perlumbaan tersebut berkata mereka tidak dapat menyuraikan orang ramai yang memenuhi kawasan larangan di tepi litar terbabit.

Seorang pegawai perlumbaan tersebut, dari syarikat MUSC Motorsports berkata para penonton tidak sepatutnya berdiri di tepi jalan yang tidak dipagar dengan penghadang besi itu.

MUSC Motorsports telahpun bertindak menghalau individu yang berada di bahagian jalan tersebut, sejam sebelum acara dimulakan, katanya yang enggan dinamakan.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat menghalang kesemua individu berkenaan kerana jumlah yang ramai, katanya.
-mk


 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.