SHAH ALAM , 21 Mac - Bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar semalam didakwa di Mahkamah Sesyen atas 28 tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram sebanyak RM935,000 antara Disember 2008 dan Jun 2009.
Hasbie yang sebelum ini berdepan dengan tuduhan serupa melibatkan wang RM2.13 juta di Butterworth, Pulau Pinang pada awal tahun lalu, mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan tersebut selepas kesemuanya dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.
Bagi 28 pertuduhan ini, Hasbie, 39, didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan mendepositkan kesemua wang tunai itu ke dalam akaun bank milik 11 individu termasuk beberapa ahli keluarganya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank, CIMB, RHB dan Tabung Haji di beberapa lokasi seperti Salak Tinggi, Sepang; Bandar Baru Bangi serta Putrajaya antara 14 Disember 2008 dan 18 Jun 2009.
Klpos
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.