Thursday, March 22, 2012

Ubah Wang Haram - Hasbi Satar Didakwa. - Tun Izhalmi Ishak

 
alt


SHAH ALAM
, 21 Mac - Bekas Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Hasbie Satar semalam didakwa di Mahkamah Sesyen atas 28 tuduhan terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram sebanyak RM935,000 antara Disember 2008 dan Jun 2009.

Hasbie yang sebelum ini berdepan dengan tuduhan serupa melibatkan wang RM2.13 juta di Butterworth, Pulau Pinang pada awal tahun lalu, mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan tersebut selepas kesemuanya dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Aslam Zainuddin.


Bagi 28 pertuduhan ini, Hasbie, 39, didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan mendepositkan kesemua wang tunai itu ke dalam akaun bank milik 11 individu termasuk beberapa ahli keluarganya.


Perbuatan itu didakwa dilakukan di Maybank, CIMB, RHB dan Tabung Haji di beberapa lokasi seperti Salak Tinggi, Sepang; Bandar Baru Bangi serta Putrajaya antara 14 Disember 2008 dan 18 Jun 2009.


Klpos

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.