Followers

Monday, March 26, 2012

Nalla, Ezam, Ummi dan Utusan: Penjaja 'sex, sex, sex' terhadap Anwar

 
Nalla, Ezam, Ummi dan Utusan: Penjaja 'sex, sex, sex' terhadap AnwarUmno nampaknya masih tidak serik, sedikit pun dengan kegagalan kes Sodomi 1, dan sambungannya ,Sodomi 2. Ada hajat untuk mati ala Hitler disebaliknya.
Rakyat luar bandar malu bila penipuan sedemikian terus dibuat oleh orang yang berkedudukan tinggi yang telah mengkhianati kepercayaan rakyat. Terdapat bukti penipuan di perbicaraan dan keputusan Mahkamah.

Masih terdapat elemen kekecewaan di sepanjang koridor kuasa di Putrajaya. Usaha berterusan untuk mengadakan ‘ senapang berasap’ yang bakal menghapuskan masalah pengundi di kawasan rezab Melayu nampaknya tidak berhasil.

Mantan Perdana Menteri, salah satu darinya, telah di dalam kemurungan dan tidak berupaya memberikan kata-kata beracun seperti kebiasaan nya. Teman –teman seperjuangan nya masih terus berjuang, mengiktiraf skrip untuk beberapa pindaan kepada episod Sodomi I dan II, tapi senyuman tawar mereka jelas.

Tiga badut raja lawak

Selepas Sodomi I dan II, tidak mungkin ada Sodomi III. Kali pertama tidak disengajakan. Kali kedua kebetulan dan kali ketiga memang sengaja diada adakan. Satu entiti –UMNO mungkin boleh menipu orang ramai kadangkadang tapi bukan semua orang pada setiap masa.

Jadi, Umno terus menggunakan umpan mereka2 yang boleh digunakan untuk menghiburkan rakyat, terutama orang2 kampung, dari masa ke semasa berkenaan dakwaan salahlaku seks ketua pembangkang Anwar Ibrahim, jika ada yang sudi mendengarnya. Pendedahan yang diarahkan dan mengikut skrip yang semesti nya di taja . Pasti dapat menarik banyak orang yang menguap kerana bosan.

Mantan Ketua Pemuda MIC S Nallakarupa ialah yang terbaru mempersendakan Anwar dengan imaginasi kejamnya.Beliau bergilir gilir denganbekas aktivis parti Keadilan (PKR) Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda, seorang penjahat Umno yang tidak perlu diperkenalkan. Mereka terus bermaharaja lela tambahan sejak populariti makin kurang. Setiap manusia ada harga.

Utusan dan sistem baldi

Akhbar yang membantu mereka tak lain ialah wadah kepunyaan Umno,Utusan Malaysia yang berubah dari nasionalis Melayu kepada kubu wartawan pengumpul angpow di negara ini. Mereka ialah askar upahan yang akan menulis apa berita saja demi wang.

Budaya rasuah dan runtuh nya moral makin meluas dalam akhbar harian ini ketahap teruk hingga sukar diterima pada zaman kawan makan kawan , budaya ini berjangkit dari ahli2 politik Umno. Berita-berita bermotif politik menarik sugar daddy, ketua samseng dan penaja2 lain yang secara rutin berupaya membayar dan terlepas.

Apa yang dikaut oleh penceroboh di Utusan dapat dari setiap berita, walau nampak mewah, hanya bahagian kecil dari limpahan wang Umno yang terus mengalir bagai tiada esok.

Mereka sanggup menyiarkan berita bersifat peribadi dan sensasi untuk jumlah yang memadai. Sudah tentu Utusan Malaysia mendakwa berita2 tersebut ialah skop panas berkenaan Anwar atau berlindung dibawah label komen adil, kebebasan bersuara dan kepentingan awam dan lain2 yang berkaitan. Malangnya, dakwaan2 tersebut gagal bila kita sedar tiada wartawan yang terhormat akan menyentuh berita2 sedemikian walaupun dengan galah 10 kaki.

Hakikatnya, wartawan Utusan dikeji, dihina dan dianggap kelas bawhan di kalangan komuniti wartawan. Dipendekkan cerita, mereka diangap membuat kerja pariah- kelas paling rendah dalam sistem kasta-dalam dunia kewartawanan. Tiada kerja yang lebih hina di mata orang ramai selain dari kerja yang dilakukan wartawan Utusan Malaysia setiap hari.

Zaman dalulu,sebelum pam tandas diperkenalkan, golongan pariah dihina kerana pekerjaan nya sebagai pembersih dan pengangkut baldi yang mengandungi najis manusia dari sistem baldi dan mencuci untuk golonganyang lebih berkemampuan. Begitu juga pariah di Utusan Malaysia terus menghidangkan berita berita najis terutaman berkaitan Anwar dan sekutu pembangkangnya.

Kasar dan lucah dalam laporan berita ialah nama permainan mereka. Jika ada undang-undang menentang menyiarkan, mengedar dan mempamerkan bahan pornografik, ia patut digunakan juga untuk dakwaan yang dibuat dalam terma grafik.Undang2 jelas dan patut digunakan dengan meluas terhadap mereka yang menggunakan kata –kata lucah, juga kepada mereka yang menulis dan menyiarkan nya.

Karakter paling tidak disukai ramai

Utusan Malaysia bersalah sama seperti tiga badut Nallakarupan,Ezam Mohd Noor dan Ummi Hafilda.
Anwar tahu tiga manusia ini tidak akan ragu –ragu melutut dan meminta maaf dari beliau jika Pakatan Rakyat berjaya merampas kuasa di Putrajaya. Ketika itu kita akan tahu cerita sebenar disebaliknya dan siapa dalang yang letakkan mereka dalam keadaan begitu.

Ada yang fikir Nallakarupan seumpama namanya- manusia kulit hitam yang baik- atau sekurang kurangnya berterima kasih kepada Anwar kerana menyembunyikan nya dari tangan Perutusan Khas Malaysia ke benua India, S. Samy Vellu.

Pada satu ketika, Nallakarupan ialah penama Samy untuk beberapa urusan melibatkan wang yang diatur oleh Menteri Kerjaraya ketika itu. Jelas lah tamak haloba menguasai penama itu dan Samy sedar akhirnya dan menghantar orang-orangnya mencari pencuri harta benda nya yang dia sendiri curi dari rakyat.

Nallakarupan , tanpa segan silu, pergi meminta perlindungan Anwar supaya dilindungi dari Samy dan akhirnya menjadi rakan tenis Anwar. Untuk menghiburkan Timbalan PM ketika itu,Nallakarupan mencerita kan kisah2 sensasi Samy.Samy tiada pilihan malah menghapuskan saja semua kerugian yang dialaminya. Kebiasaan dikalangan pencuri.

Kenapa tidak melihat kes Altantuya
 
Daripada memfokuskan k
ehidupan seks Anwar, Nallakarupan patut bertukar arah dan memberitahu Utusan Malaysia apa yang beliau tahu berkenaan Samy Vellu dan bagaimana MIC menipu rakyat sejak setengah abad.
 
Jika Utusan tidak dapat mengalih perhatian mereka kepada kehidupan peribadi dan seksual personaliti2, terutama Anwar, ia patut menukar fokus kepada model Mongolia yang dibunuh,Altantuya Shaaribu. Jelitawan berusia 28 tahun ini dibunuh kejam dibumi Malaysia oleh 2 org pengawal peribadi Najib dipercayai perempuan simpanan beliau sebelum beliau jemu dan melepaskan Altantuya kepada teman baiknya,Razak Baginda.

Mungkin ada berita yang lebih berbaloi untuk diikuti memandangkan ada elemen risikan yang bakal mmebawa kita ke Mongolia, Singapore,Hong Kong,Perancis,Sepanyol dan England,antara lain. Sudah tentu Nallakarupan, Ezam atau Ummi tidak dapat menandingi berita tersebut.


Batu Vs Kayu/Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.