Menteri
Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini menolak untuk mengambil
tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Datuk
Dr Hasan Mohamed Ali yang dituduh menggunakan kos yang tinggi untuk
mengubahsuai pejabatnya ketika menjawat jawatan Exco Kerajaan Negeri.
Khalid berkata, peruntukan hampir RM300,000 itu mengikut tatacara yang ditetapkan Perbendaharaan.
“Saya rasa tidak sebab untuk ambil tindakan terhadap perbelanjaan itu kerana ia mengikut tatacara Perbendaharaan.
Bagaimanapun menurut Khalid, sesiapa pun boleh mempersoalkan sama ada nilai berkenaan tinggi atau rendah.
“Boleh jadi Azmin hendak membandingkan pejabat Menteri Besar yang tidak diubahsuai, tetapi pejabat Hasan adalah pejabat baru,” katanya lagi.
.... (77) Mereka (yakni abang-abang nabi Yusuf yang sebapa itu) berkata: “Jika dia mencuri, maka telah pernah mencuri jugalah saudaranya yang seibu sebapanya itu sebelum ini”.
Mereka maksudkan nabi Yusuf
sendiri. Mereka ingin melepaskan diri dari kesalahan mencuri itu dengan
melemparkan tuduhan kepada nabi Yusuf alaihis salam dan saudaranya
Bun-yamin. Nabi Yusuf, menyimpan dan menyembunyikan (rasa meluat) di
dalam hatinya sahaja.
Dia tidak menzahirkannya kepada
saudara-saudaranya; dengan mengekalkan keramah-tamahannya terhadap
mereka. Nabi Yusuf berkata di dalam hatinya: “Kedudukan mereka lebih
teruk; dan Allah lebih mengetahui dengan kata-kata bohong yang telah
mereka ucapkan itu”.
Mereka dulunya pernah mencuri adik mereka dari bapa
mereka; kemudian mengadakan dusta untuk melepaskan diri. Tetapi dia
tidak mengucapkan kata-kata ini kepada mereka. Dia hanya mengatakan ini
semua di dalam hatinya sahaja.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.