Dua bekas Menteri kabinet UmnoBn iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil telah membuka mulut berhubung dengan isu himpunan “BERSIH 2” 9 Julai lalu.
Sebelum ini Dato’ Saifudin Abdullah – timbalan menteri pengajian tinggi telah membuat kenyataan meminta kerajaan memberi pertimbangan di atas tuntutan ‘”BERSIH” itu.
Kesemua mereka menyokong tuntutan “BERSIH 2”. Tuntutan 8 perkara mahukan proses pilihanraya yang adil dan telus amat wajar dan berasas. Menurut mereka lagi tuntutan rakyat mesti dilayan dengan baik dan kerajaan Najib sepatutnya berbuat sesuatu! Bukan mendiamkan diri atau memberi berbagai alasan!
Buka-bukalah telinga dan minda ! Dengar-dengarlah rintihan dan suara hati rakyat. Mungkin sedikit masa lagi akan ada lagi bekas-bekas pemimpin Umno yang tampil memberi sokongan terhadap perjuangan “BERSIH 2” Waktu itu nanti tentu lidah Najib menjadi kelu dan malu. Lebih baik nyatakan sekarang ! Anda setuju atau tidak? Anda mahu mengambil sesuatu tindakan dan melayani tuntutan “BERSIH 2” atau tidak?
Kalau PM Najib anak jantan, rakyat mahu mencabar Najib! Tolong beri komen tentang apa yang telah diperkatakan oleh kedua-dua bekas menteri Umno itu. Beranikah Najib menuduh mereka itu komunis? kerana menyokong perjuangan “BERSIH2” ? sedangkan Najib sudah pun terlepas cakap!, menuduh “BERSIH” adalah pertubuhan haram? “BERSIH” membawa fahaman komunis dan berbagai tuduhan lagi?
Rakyat nak lihat sikap dan kejujuran Najib! Kalau Najib nak jadi hero! , jadilah hero yang sebenar !, yang tulin seperti bapa beliau allahyarham Tun Razak! Bukan hero dalam putar alam dan pengecut seperti yang Najib tunjukkan sekarang!
Merujuk kepada perkataan tulin, jangan pula tulin seperti tulinnya video lucah yang UMNO/PDRM hebuh-hebuhkan tu! atau tulin seperti video himpunan BERSIH versi polis yang Muhyiddin bangga-sangat tu !!
Oleh : rahimothman
Ada berani ka Najib....
ReplyDelete