Tuesday, July 26, 2011

Najib, sila jawab kenyataan Tengku R, Kadir Sheikh Fadhil

Dua bekas Menteri kabinet UmnoBn iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadhil telah membuka mulut  berhubung dengan isu himpunan “BERSIH 2”  9 Julai lalu.
Sebelum ini Dato’ Saifudin Abdullah – timbalan menteri pengajian tinggi telah membuat kenyataan meminta  kerajaan  memberi pertimbangan di atas tuntutan ‘”BERSIH” itu.

Kesemua mereka  menyokong tuntutan “BERSIH 2”. Tuntutan 8 perkara  mahukan  proses pilihanraya yang adil dan telus  amat wajar dan berasas. Menurut mereka lagi tuntutan rakyat mesti dilayan dengan baik dan kerajaan Najib sepatutnya berbuat sesuatu!  Bukan mendiamkan diri atau memberi  berbagai alasan!
Wahai Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Tun Razak!. 
 
Buka-bukalah telinga dan minda !  Dengar-dengarlah rintihan dan suara hati rakyat.  Mungkin sedikit masa lagi akan ada lagi bekas-bekas pemimpin Umno yang tampil memberi sokongan terhadap perjuangan “BERSIH 2”  Waktu itu nanti tentu lidah Najib menjadi kelu dan malu. Lebih baik nyatakan sekarang !  Anda setuju atau tidak? Anda mahu mengambil sesuatu tindakan dan  melayani tuntutan “BERSIH 2” atau tidak?

Kalau PM Najib anak jantan, rakyat  mahu mencabar Najib! Tolong beri komen tentang apa yang telah diperkatakan oleh kedua-dua bekas menteri Umno itu.  Beranikah Najib menuduh mereka itu komunis? kerana menyokong perjuangan “BERSIH2” ? sedangkan Najib sudah pun terlepas cakap!,  menuduh “BERSIH”  adalah pertubuhan haram?  “BERSIH”  membawa fahaman komunis dan berbagai tuduhan lagi?

Rakyat nak lihat sikap dan kejujuran Najib!  Kalau Najib nak jadi hero! , jadilah hero yang sebenar !,  yang tulin  seperti bapa beliau  allahyarham Tun Razak!   Bukan hero dalam putar alam dan pengecut seperti yang Najib tunjukkan sekarang!   

Merujuk kepada perkataan tulin,  jangan pula tulin seperti tulinnya video lucah yang UMNO/PDRM hebuh-hebuhkan tu!   atau  tulin seperti  video himpunan BERSIH versi polis  yang Muhyiddin bangga-sangat tu !!

Oleh : rahimothman

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.