Followers

Monday, June 13, 2011

Lebuhraya Pasir Gudang – Desaru Memalukan Rakyat Johor

Dasyatnya Hiway di Johor. JOHOR Boleh

Lebuhraya satu lorong tapi ber"tol"

Lebuhraya ajib di Johor. Lebuhraya satu lorong

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Isnin 13 Jun 2011
Lebuhraya Pasir Gudang – Desaru Memalukan Rakyat Johor

Rakyat Negeri Johor sememangnya tertunggu-tunggu siapnya lebuhraya daripada Senai ke Desaru di Kota Tinggi. Lebuhraya ini adalah sebahagian daripada projek pembagunan Iskandar Malaysia. Panjangnya 77 km melingkari daripada Senai, Ulu Tiram, Pasir Gudang dan Desaru. 

Nama singkatan lebuhraya ini adalah Senai-Desaru Expressway(SDE). Ia boleh menjimatkan masa perjalanan daripada jalan biasa dua jam setengah kepada hanya satu jam sahaja. Projek ini telah dibina oleh syarikat Ranhill Engineers & Constructors Sdn Bhd dan merentasi Sungai Johor berhampiran Pasir Gudang sepanjang 1.7 km. 

Fasa terakhir lebuhraya adalah daripada Pasir Gudang Ke Desaru telah dibuka pada hari jumaat 10 jun 2011 dan percuma tampa bayaran tol selama sebulan.

Pemuda PAS Johor begitu kecewa apabila fasa terakhir lebuhraya Pasir Gudang ke Desaru hanya mempunyai satu lorong sahaja. Tidak pernah rakyat Johor mendengar atau melihat lebuhraya dalam dunia ini hanya satu lorong dan bakal dikenakan tol selepas 10 Julai 2011. 

Laluannya terlalu sempit dan tidak mempunyai ‘side table’ atau bahu jalan yang cukup untuk tujuan kecemasan. Laluan ini sangat merbahaya kepada kenderaan khususnya waktu malam kerana kawasannya yang gelap tampa lampu jalan yang cukup. Pengguna hanya selesa membawa kenderaan dengan kelajuan 60 km sejam sahaja.

Apabila kemalangan atau kerosakkan kenderaan berlaku maka lebuhraya ini akan berlaku kesesakan yang teruk di kedua-dua belah lorong. Kesesakan yang paling ketara dijangka akan berlaku dihujung minggu atau musim cuti adalah laluan menurun dari atas Jambatan Sungai Johor dan di tol Desaru.

Ini kerana Laluan di atas jambatan terdapat dua lorong tetapi malangnya laluan selepas jambatan hanya mempunyai satu lorong sahaja. Kaunter tol pula hanya ada dua sahaja untuk bayaran tunai.

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor ingin mendapatkan penjelasan daripada kerajaan mengapa projek Lebuhraya Pasir Gudang–Desaru hanya mempunyai satu lorong sahaja? Jika pihak kerajaan membenarkan syarikat konsesi ini mengutip bayaran tol selepas 10 Julai 2011 maka Dewan Pemuda PAS Negeri Johor akan membuat bantahan besar-besaran kepada pihak kerajaan.

Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
019-7285174

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.