Followers

Sunday, June 12, 2011

KHIR TOYO PENDERHAKA KEPADA RAKYAT...???

Ada pemimpin yang tidar menyedari bahawa mereka diletakkan di singahsana oleh rakyat. Tempat yang dianugerahkan dikhianati dan rakyat diperhambakan.

Tiada apa yang boleh Umno banggakan mempunyai pemimpin seperti bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo. Malahan lebih berfaedah sekiranya pemimpin seperti Khir Toyo disingkirkan dari parti dan diperosok ke penjara kerana mengkhianati negara dan rakyat.Berapa gaji Khir Toyo ketika beliau menjadi Menteri Besar Selangor? RM100,000 sebulan? RM50,000 sebulan?.

Seorang Jawa, budak kampung dan doktor gigi mampu mengubahsuai rumah dengan harga RM6.5 juta?Rakyat mana yang tak marah. Siapa yang menanggung bebannya? UMNO!Bukan perkara mudah untuk memperbetulkan persepsi orangramai. Di mahkamah minggu lepas, Khir Toyo dikatakan membayar secara TUNAI sebanyak 8 kali dan setiap kali bernilai RM500,000 untuk kos mengubahsuai mahligai beliau.


http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsindex.php?id=592740

Pemimpin negara perlu diberi pengajaran bahawa jawatan yang diberi adalah amanah rakyat. Mereka berada di jawatan apa pun, adalah pemberian rakyat.

Baik jawatan Ketua Bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, Timbalan Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Perdana Menteri malah isteri Perdana Menteri adalah pemberian rakyat.

Janganlah keterlaluan sehinggakan rakyat diperbodohkan kerana rakyat akan menghukum setiap sifat kesombongan kita. Banyak kita dengar mengenai kesombongan Menteri-menteri dan isteri-isteri mereka.Pemimpin tidak akan hilang apa-apa. Khir Toyo akan kekal kaya walaupun dipenjarakan. Tetapi siapa yang akan merana. UMNO yang akan menerima musibahnya.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.