Ada pemimpin yang tidar menyedari bahawa mereka diletakkan di singahsana oleh rakyat. Tempat yang dianugerahkan dikhianati dan rakyat diperhambakan.
Seorang Jawa, budak kampung dan doktor gigi mampu mengubahsuai rumah dengan harga RM6.5 juta?Rakyat mana yang tak marah. Siapa yang menanggung bebannya? UMNO!Bukan perkara mudah untuk memperbetulkan persepsi orangramai. Di mahkamah minggu lepas, Khir Toyo dikatakan membayar secara TUNAI sebanyak 8 kali dan setiap kali bernilai RM500,000 untuk kos mengubahsuai mahligai beliau.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/newsindex.php?id=592740
Pemimpin negara perlu diberi pengajaran bahawa jawatan yang diberi adalah amanah rakyat. Mereka berada di jawatan apa pun, adalah pemberian rakyat.
Baik jawatan Ketua Bahagian, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen, Timbalan Menteri, Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri, Perdana Menteri malah isteri Perdana Menteri adalah pemberian rakyat.
Janganlah keterlaluan sehinggakan rakyat diperbodohkan kerana rakyat akan menghukum setiap sifat kesombongan kita. Banyak kita dengar mengenai kesombongan Menteri-menteri dan isteri-isteri mereka.Pemimpin tidak akan hilang apa-apa. Khir Toyo akan kekal kaya walaupun dipenjarakan. Tetapi siapa yang akan merana. UMNO yang akan menerima musibahnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.