Sunday, June 12, 2011

Guan Eng sanggah Najib ?? - Oleh Syed Mu’az Syed Putra

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sebagai “batu api” kerana cuba melaga-lagakan PAS dengan parti itu ekoran keputusan pemilihan parti Islam itu minggu lalu.

Semalam Najib berkata keputusan pemilihan PAS yang memihak kepada golongan profesional adalah kemenangan kepada DAP kerana parti itu berjaya “mempengaruhi” parti Islam itu mengubah dasar memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan.

“DAP telah berjaya dalam mengubah perjuangan PAS,” kata perdana menteri .

Najib yang juga Presiden Umno berkata, barisan kepimpinan baru PAS kini memperjuangkan negara berkebajikan dan bukannya negara Islam sambil berkata, ia diambil daripada pegangan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata elemen konsisten diperlukan untuk mentadbir dengan baik tetapi Pakatan Rakyat khususnya PAS dan PKR sentiasa mengubahsuai mengikut keadaan supaya dapat disesuaikan dengan keperluan mereka.
Namun Lim (gambar) yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan, usaha yang dilakukan Najib itu tidak akan berhasil kerana pendirian terbaru PAS itu adalah demi kebajikan rakyat yang diketepikan kerajaan sedia ada.

“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak akan berjaya memainkan peranan baru beliau sebagai batu api kepada PAS dalam usaha mempengaruhi parti itu untuk bertarung dengan DAP dengan mengatakan penekanan PAS untuk menjadikan Malaysia sebagai negara kebajikan adalah kemenangan DAP.

“Kemenangan pilihan raya di peringkat pusat, dan DAP dapat memahami kebimbangan Najib di mana PAS sekarang berdiri di pendirian pertengahan terutamanya untuk membantu masyarakat miskin yang terjejas berikutan pemotongan subsidi oleh Umno-BN yang turut akan menjejaskan undi mereka dalam pilihan raya akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegas Ketua Menteri Pulau Pinang itu, tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan BN menyebabkan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah menanggung kesan teruk kesan, antaranya kerana pemotongan subsidi.

“Pemotongan subsidi terkini ke atas barangan harian seperti petrol, gula, tarif elektrik dan beras mempengaruhi 27 juta rakyat Malaysia biasa tetapi pemberian subsidi gas kepada Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) menunjukkan bagaimana BN mengorbankan golongan miskin untuk memberi kebaikan kepada golongan kaya.

“Itulah sebabnya DAP mencabar Najib untuk menetapkan kadar upah minimum dan peningkatan gaji seiring dengan pemotongan subsidi,” katanya.

Dalam kenyataan itu juga, Lim berkata, kerajaan negeri pimpinannya terpaksa menggunakan sumber kewangan sendiri untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah di negeri itu.

“Kegagalan BN untuk melakukannya memaksa negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang untuk menggunakan sumber yang terhad ini untuk melaksanakan beberapa langkah dalam usaha untuk membantu golongan miskin.

“Ia termasuk meningkatkan pemberian bantuan kebajikan, pemberian RM100 kepada warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), pemberian RM1,000 sekali sahaja kepada waris warga emas, ibu tunggal dan OKU dan penolakan tawaran untuk menaikkan tarif domestik air seperti di Johor yang menjadikan tarif air tiga hingga enam kali ganda mahal dari Pulau Pinang.

“Selain itu, kita juga terpaksa menubuhkan pusat dialisis bernilai RM2 juta di Balik Pulau dengan kadar bayaran RM30 bagi setiap rawatan dan memperuntukkan 150 ekar tanah untuk projek perumahan rakyat di Batu Kawan yang berharga dari RM72,500 hingga RM220, 000,” katanya.

Dalam komennya awal minggu ini, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa pihak menang besar di sebalik pemilihan PAS adalah tokoh-tokoh yang tidak hadir dan bukan ahli PAS khususnya Karpal Singh.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai.
 
shalehudin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.