Followers

Wednesday, February 2, 2011

Bekas PM Yang Perasan Dirinya Orang Melayu !! - Mahathir mahu Orang Melayu ketuk kepala Nik Aziz dan Anwar?

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohammad mahu orang-orang Melayu mengetuk kepala Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Anwar Ibrahim untuk menyatu padukan Melayu di negara ini [Malaysian Insider]. Betul ke ketuk kepala dua orang pemimpin pembangkang ini akan menyatupadukan Melayu?

Kenapa bekas Perdana Menteri yang perasan dirinya Melayu ini sibuk nak satukan Melayu?  

Dia sendiri bukan orang Melayu. Kalau betul nak satukan Melayu, apa kata Mahathir seru semua orang-orang Melayu bersatu menyokong PAS, kerana dia sendiri mengakui bahawa kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO sudah goyah (lihat artikel di atas).

Benarkah bila orang Melayu tak menyokong UMNO maka ini bermakna Melayu tidak bersatu? Apa salahnya Melayu bersatu bersama PAS? Kalau matlamatnya untuk satukan Melayu, bukan perkara yang susah, seru sahaja semua orang-orang Melayu masuk PAS, dan bersatu di bawah PAS.

Mahathir bimbang Melayu tak bersatu atau takut kuasa UMNO tergugat?

Sifirnya mudah sahaja, Mahathir akan anggap Melayu bersatu kalau UMNO terus berkuasa! Mahathir hanya mahu Melayu bersatu di bawah UMNO! Supaya UMNO terus berkuasa.
Nuffnang Ads


ReJaM© "Nampaknya Orang Melayu semua harus ketuk kepala Mahathir"

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/02/mahathir-mahu-orang-melayu-ketuk-kepala.html#ixzz1Ck1dDIRz

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.