Rogol Amah : Polis mahu sekat maklumat tidak tepat media baru
Polis akan mencari inisiatif baru bagi menyekat penyebaran maklumat tidak tepat yang dilakukan oleh media-media baru pada tahun depan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.Siapa agaknya yang mengarahkan polis menyekat penyebaran maklumat oleh media baru ni agaknya?? Tiba-tiba saja tindakan ini hendak dilakukan..
Kenapa tak mahu siasat dulu laporan mengenai seorang Menteri yang didakwa meperkosa amah yang telah berkerja dengan keluarganya selama lapan tahun itu yang disiarkan dalam kebanyakkan blog tu.. siasat samada ianya benar atau tidak..
IPOH 30 Dis. - Polis akan mencari inisiatif baru bagi menyekat penyebaran maklumat tidak tepat yang dilakukan oleh media-media baru pada tahun depan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang memanipulasikan teknologi maklumat (IT) untuk kepentingan sendiri perlu disekat.
"Kita bimbang sekiranya tidak ditangani, ia akan menyebabkan penyebaran fakta-fakta salah yang boleh memesongkan pemikiran rakyat.
"Oleh itu, polis harus ada mekanisme atau struktur prosedur operasi standard (SOP) kerja baru untuk mengatasi ancaman ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis serah terima tugas Ketua Polis Perak yang ke-18 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.
Pada majlis itu, beliau menyaksikan penyerahan dokumen serta tongkat kuasa daripada pemangku, Datuk Zakaria Yusof kepada Ketua Polis negeri yang baru, Datuk Mohd. Shukri Dahlan.
Zakaria yang juga Timbalan Ketua Polis negeri memangku jawatan tersebut selama sebulan empat hari sebelum diserahkan kepada Mohd. Shukri yang juga bekas Ketua Polis Terengganu.
Mohd. Shukri yang pertama kali ditugaskan di wilayah utara itu sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Cawangan Khas di Selangor termasuk bertugas di Sarawak.
Dalam pada itu, Ismail berkata, strategi polis dalam membanteras jenayah secara menyeluruh memerlukan pengukuhan modal insan dan kemahiran anggota.
Katanya, ia selaras dengan konsep 4P iaitu protective (melindungi), performance (kualiti kerja), proactive (proaktif) dan people (rakyat).
Malah, beliau turut yakin usaha membanteras jenayah dapat dicapai dengan kerjasama 'sahabat' polis seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela serta polis bantuan.
"Benteng pertahanan juga akan menjadi lebih kukuh melalui integrasi bersama masyarakat melalui sistem rondaan, jalinan hubungan dengan rumah-rumah ibadat seperti masjid dan gereja.
"Anggota perlu fokus, komited dan bersatu hati dalam menjalankan tugas selain perlu amalkan cara hidup sihat termasuk dalam kehidupan sosial, aktiviti sukan dan keagamaan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, bagi menangani penipuan jenayah kolar putih, polis akan meningkatkan kerjasama dengan pihak bank bagi mencari jalan memperketatkan undang-undang sedia-ada.
Katanya, dua bentuk pencegahan yang perlu diambil bagi mengatasinya ialah melalui aktiviti kerohanian dan skop tugasan secara lebih berkesan.
"Sememangnya kita sudah mempunyai kerjasama dengan Bank Negara untuk mengesan jenayah itu dan usaha positif untuk mengurangkannya," katanya.
Sementara itu, Mohd. Shukri ketika berucap pada majlis tersebut menyedari cabaran bertugas di negeri berkenaan terutama daripada segi politik dan jenayah.
Katanya, pemahaman tentang sosio ekonomi, budaya dan politik akan diberi perhatian bagi menangani pelbagai isu termasuk pengurusan bilangan balai polis memandangkan Perak merupakan negeri yang luas.
Media UMNO
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.