Followers

Friday, December 31, 2010

Artis Malaysia di Anugerah Skrin 2010 Berbogel? - Staff Berita Semasa

artis malaysia 22 Artis Malaysia di Anugerah Skrin 2010 Berbogel?
Besok genap seminggu Anugerah Skrin 2010 yang telah dilangsungkan sebelum ini, banyak cakap-cakap mengatakan artis Malaysia terutamanya golongan wanita tiada adab ketika berpakaian, apatah lagi nak menurut apa yang disyariatkan jauh sekali. Adakah nak tunggu artis Malaysia berbogel baru nak melatah dan terhegeh-hegeh nak ambil tindakan?

Tempoh hari Datuk Seri Rais Yatim dah bersuara dan memberikan peringatan kepada Media Prima :
“Saya sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan malam tadi hanya beri fokus kepada mutu filem dan drama dipertandingkan. Saya tidak tumpukan kepada pakaian setiap artis Malaysia yang hadir. “Tetapi sekiranya ada keadaan menjolok mata dan tidak menyerikan majlis, Media Prima melalui anak syarikatnya, TV3 perlu nilai semula supaya ia tidak berulang pada anugerah akan datang,” katanya. UTUSAN
Kami memang setuju kenyataan daripada menteri, kerana dilihat sekarang dah makin keterlaluan artis Malaysia ini. Tetapi harap Menteri yang berkenaan tak cukup sahaja hanya cakap sahaja kena tegas, kalau perlu ambil tindakan, amat-amat dialu-alukan. Sepatutnya dah lama tegur dan kena ada guideline untuk artis Malaysia berpakaian apabila menghadiri majlis anugerah ini
Yang peliknya di Malaysia ini, kalau kepada artis lelaki buka baju terus kena gam, punyalah cepat tindakan (baguslah begitu). Tetapi artis Malaysia berbogel sana, berbogel sini dedah atas, dedah bawah, terbonjol sana, terbonjol sini, lepas pula?
Macammanatu? Garis panduan yang bagaimana kita gunakan sekarang di Malaysia? Mula-mula sekali pandang, barisan artis Malaysia yang hadir dalam Anugerah Skrin 2010 tempoh hari ingatkan di Hollywood. Dua kali pandang rupanya Malaywood sahaja.
  • Artis Mat Saleh = Hollywood
  • Artis Hindi/Tamil = Bollywood
  • Artis Malaysia = Malaywood
artis malaysia 5 Artis Malaysia di Anugerah Skrin 2010 Berbogel?
Nah, ini kalau ditanya kepada artis Malaysia antara ayat-ayat yang cukup popular apabila ditanya tentang kritikan kepada gaya pemakaina mereka, ini mungkin jawapan mereka
  • “Biarlah apa org nak cakap. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Yang penting saya tahu apa yang saya buat tu betul dan ikhlas. Biarlah Tuhan menilai saya. Kepada orang yang dengki tu, ingatlah Tuhan itu mahal adil. Hari ini berlaku kepada saya. Hari esok mungkin berlaku kepada anda. Ingatlah industri hiburan Malaysia kita ni kecil aje.”
  • “Ingat yang bertudung litup tu baik sangat ker? Kadang-kadang yang seksi ni lagi baik daripada mereka, sekurang-kurangnya kami tak hipokrit..
  • “Mak bapak saya pun tak kisah saya pakai macam ini, mereka lebih tahu siapa anak mereka”.
Nampak sangat gaya pemakaian dikalangan wanita hari ini terus mengalami zaman revolusinya :
  • Zaman orang tua-tua kita dahulu : berkemban mandi sungai, basuah baju di tepi sungai dengan berkemban
  • Zaman ikut cara Islam: Hanya berkemban di depan suami sahaja di dalam rumah
  • Akhir zaman: Berkemban semasa menghadiri majlis anugerah

Inilah akibatnya apabila berpakaian tidak menggunakan akal. Dan kepada Media Prima harap jangan biarkan perkara sebegini berulang sekali lagi dan prihatin dalam isu-isu seperti ini. Nampak Media Prima ini kebaikan dan kejahatan disamaratakan. Apa tidaknya, rancangan di TV macam Bersamamu, baiklah membantu orang susah, Al-Kulliyah & Halaqah dan banyak lagi program berinformasi disajikan kepada penonton tetapi dalam masa yang sama memaparkan iklan mencari cinta, mengetahui nasib dan program-program hiburan yang merosakkan minda anak-anak muda.

Tak susah sebenarnya nak sediakan garis panduan. Mereka-mereka ini bukannya orang lain, lawmaker. 

Teringat kami dahulu semasa Tok Mat (Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat) semasa menjawat jawatan sebagai Menteri Penerangan begitu tegas tentang artis rock yang berambut panjang, begitu juga ban artis 

Malaysia yang terlibat dengan dadah. Sekarang ini mereka terlepas bebas dengan segala kemungkaran dan kesalahan yang dibuat. Dadah, khalwat, seksi , pergaulan tak terbatas, arak dah jadi asam garam yang semua orang telan sebagai sesuatu yang “biasa” dalam dunia artis Malaysia. yang bersalah dan berdosa.
P/S : Diharapkan sedarlah artis Malaysia secepat mungkin. Sebab kita hidup di dunia ini bukan menongkat langit, akhirnya nanti bertemu dengan Maha Pencipta.

PP/S : Dahulu Media Prima kena tindakan sebab iklan raya yang tak sesuai. Adakah Media Prima hanya mahu melakukan tindakan sewajarnya apabila rakyat Malaysia membuat petition supaya media prima kena tindakan sekali lagi sebab tak bagi arahan kod etika berpakaian pada artis Malaysia dan juga mereka yang hadir majlis anjurannya?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.