Followers

Monday, May 10, 2010

Panas: Spekulasi ADUN Pahang Kawasan Kerdau Kritikal, Apakah Pilihanraya Kecil Bakal Berlaku!

Tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan berita panas bahawa satu lapi pilihanraya kecil peringkat DUN akan berlaku di Dalam kesibukan orang ramai tertumpu kepada Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu di Negeri Sarawak Bumi Kenyalang,Negeri Pahang Darul Makmur. Kekecohan berlaku akibat ada spekulasi yang mengatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim (foto) berada dalam keadaan kritikal yang memungkinkan pilihanraya kecil akan berlangsung pada bila-bila masa dari sekatang.

Beliau kini dikatakan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh. Awal minggu lepas ADUN BN dari UMNO terbabit telah menjalani pembedahan ekoran kebocoran usus pada 3 Mei 2010. Beliau telah dikejarkan ke hospital awal pagi berkenaan, selepas mengadu sakit perut ketika bersarapan di sebuah restoran.

Zaharuddin dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan selama tiga jam. Difahamkan selepas pembedahan usus tersebut, beliau tiba-tiba mengalami masalah komplikasi jantung pula dan terpaksa dipindahkan ke Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Zaharudin, 63, menang kerusi DUN Kerdau dalam pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim. Kawasan tersebut mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, 6 peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain.


[Kami cuba menjengok ke Blog ADUN Kerdau untuk melihat perkembangan terkini aktiviti politik beliau, namun ternyata hampa apabila paparan terakhir yang dikeluarkan bertarikh 29 Jun 2009 (hampir setahun yang lalu). Ini membuktikan kepada rakyat Pahang bahawa ternyata UMNO Barisan Nasional di Pahang cukup lemah dalam "perang siber", malah mereka langsung tidak peka dengan pengaruh blog dan internet yang telah banyak mengkucar-kacirkan BN dalam pilihanraya umum yang lalu.

Biarpun keadaaan YB terbabit dikatakan semakin stabil, namun ramai juga dikalangan pemerhati politik di Pahang yang kini mencongak untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil negeri pada bila-bila masa dari sekarang. Sebelum ini, sudah berlaku dua pilihanraya kecil negeri iaitu bagi DUN Sanggang dan juga DUN Ketari
di negeri ini.

Andainya berlaku pilihanraya kecil di Kerdau, makanya sudah pasti satu lagi pertembungan hebat akan berlaku dan menyaksikan apakah kekuatan BN di Pahang masih utuh atau tergugat. Apapun, kita mendoakan semoga ADUN terbabit cepat sembuh dan dapat berkhidmat seperti biasa kepada rakyat di kawasanya].

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.