Followers

Monday, May 10, 2010

Berahim PERKASA Kena Jelas, Siapa Yang Hantar 250 UTK Menyerbu Baginda Sultan Kelantan



Berahim PERKASA nak cuba tutup kesalahan UMNO dan pindah kesalahan kepada orang lain pula. Beliau buat kenyataan nak salahkan Tok Guru Nik Aziz sebab tidak beri nasihat.

Padahal Berahim PERKASA wajib jawab bagaimana 250 anggota UTK boleh dikerahkan untuk menyerbu Sultan Kelantan yang sedang menaiki kenderaan ke Lapangan Terbang untuk mendapat rawatan susulan di Singapura.


Bukankah UTK ini terletak di bawah penguasaan Polis DiRaja Malaysia yang juga terletak di bawah penguasaan Kementrian Dalam Negeri yang dikuasai UMNO?

Yang saya nampak, Berahim PERKASA nak tutup pekung UMNO yang jelas telah campur tangan dalam urusan istana Kelantan sekaligus telah derhaka pada Sultan Kelantan.

Hakikatnya,Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kelantan menyatakan bahawa selagi Sultan tidak meninggal dunia, beliau kekal sebagai Sultan. Tindakan menghantar 250 UTK menyerbu Sultan Kelantan adalah satu tindakan DERHAKA yang amat besar dan Berahim PERKASA perlu menjawab isu ini dengan tegas.

Bukan menyalahkan MB Kelantan. Bukan MB Kelantan yang mengarahkan 250 UTK menyerbu Sultan Kelantan sekaligus menghalang Baginda pergi mendapat rawatan susulan di Singapura.

Lagipun, apa salahnya seseorang itu pergi ke Singapura untuk mendapat rawatan susulan? Kalau orang itu bukan Sultan pun, tiada salahnya beliau untuk pergi ke Singapura untuk mendapat rawatan. Orang biasa yang tiada kedudukan istana pun tidak salah untuk pergi ke Singapura mendapat rawatan perubatan, inikan pula Baginda Sultan Kelantan.

Berahim PERKASA sepatutnya menyoal UMNO bagaimana 250 UTK boleh menyerbu Baginda Sultan, bukan menyoal Tok Guru Nik Aziz.

Krisis Istana Kelantan, bagi saya, adalah lantaran campur tangan UMNO. Kalau tidak bagaimana 250 UTK boleh dikerahkan?

Tulang Besi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.