Followers

Friday, October 31, 2014

Seluar Dalam Saiful Peningkan Pendakwa....??

Saya ditanya oleh Sasterawan Negara, Pak Samad Said di kantin Mahkamah tentang peluang Anwar dalam rayuan di Mahkamah Persekutuan. Saya jawab agak sukar untuk diramalkan.

Secara berjenaka saya kata kepada Pak Samad mungkin Anwar akan dibebaskan kerana seluar dalam Saiful dan saya jelaskan kepada beliau mengapa saya berpendapat begitu.

Setelah mendengar ulasan saya, Pak Samad secara berjenaka berkata "nampaknya seluar dalam Saiful boleh menjadi alibi Anwar!"

Saya akan jelaskan di sini mengapa seluar dalam Saiful tidak mustahil boleh membebaskan Anwar. Bagaimanapun sebelum itu saya ingin berkongsi dengan pembaca antara intipati hujah para peguam Anwar dalam rayuan ini.

Banyak isu yang dibangkitkan oleh para peguambela Anwar namun saya akan berkongsi hanya beberapa isu yang dibangkitkan.

Kita tahu Anwar dituduh melakukan sodomi ke atas Saiful dan bagi pertuduhan sodomi , sepertimana tuduhan dalam kes rogol, pendakwa perlu buktikan elemen paling penting iaitu tusukan (penetration) ke dalam anus Saiful.

Peguam Anwar berhujah mahkamah rayuan tersilap apabila mengatakan pendakwa telah berjaya membuktikan tusukan dalam keadaan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwa penuh dengan aneka keraguan.

Antaranya peguam Anwar berhujah Saiful mengatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan dalam keadaan dikatakan jelly KY digunakan. Ini suatu yang tidak munasabah.

Peguam juga berhujah bagaimanakah dalam keadaan Saiful menyatakan dia diliwat secara kasar dan menyakitkan, tapi tidak ada sebarang atau sedikitpun kecederaan atau koyakan kepada anus beliau di mana fakta tersebut diakui oleh semua doktor yang melakukan pemeriksaan fizikal ke atas anus beliau.

Semua tahu 4 orang doktor, satu dari Pusrawi dan 3 dari Hospital Kuala Lumpur telah memeriksa Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah wujudnya percanggahan keterangan Saiful semasa di Mahkamah dan keterangan beliau kepada Pegawai Penyiasat, Jude Pareira dan doktor di mana di Mahkamah beliau katakan beliau diliwat selama 5 minit manakala dalam keterangannya kepada Jude Pariera dan doktor beliau memberitahu ia diliwat selama 30 minit.

Jika sekalipun diandaikan benar Saiful diliwat secara kasar dan menyakitkan selama 30 minit, mengapakah tiada kecederaan atau koyakan ke atas anus Saiful.

Peguam Anwar juga berhujah yang lebih pelik lagi meskipun Saiful menyatakan dia telah diliwat dengan secara kasar dan menyakitkan dan tanpa kerelaannya namun sehari selepas tarikh kejadian yang dikatakan itu beliau masih boleh berada di rumah Anwar.

Peguam tunjukkan kepada Mahkamah gambar Saiful di rumah Anwar dalam keadaan wajah, menurut peguam, yang tidak menunjukkan beliau adalah mangsa liwat!

Sebagai peguam yang ada pengalaman mengendalikan kes rogol saya rasa mana mana peguam atau orang awam sekalipun pasti akan rasa aneh jika seorang mangsa yang dikatakan diliwat atau dirogol tanpa kerelaannya masih boleh hadir ke rumah peliwat atau perogol tersebut apakah lagi sehari selepas kejadian.

Apapun kita lihatlah nanti bagaimana Mahkamah Persekutuan menilai dan memutuskan hujah peguam Anwar tersebut.

Mengenai hujah tentang seluar dalam Saiful peguam Anwar berhujah begini. Bagi membuktikan Anwar meliwat Saiful pendakwa mengemukakan dua seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di mana kedua dua seluar dalam itu ditandakan sebagai eksibit P14 dan P15.

Eksibit P14 merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa hari kejadian iaitu hari yang Saiful katakan Anwar meliwat beliau.

P15 pula merujuk kepada seluar dalam yang dipakai oleh Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu tarikh yang berbeza dengan tarikh kejadian.

Maknanya seluar dalam yang dipakai semasa hari kejadian dan hari Saiful membuat laporan polis adalah dua seluat dalam yang berbeza.

Peguam Anwar berhujah jika benar Anwar meliwat Saiful sudah tentu ada kesan air mani di seluar dalam yang dipakai oleh Saiful di eksibit P14, iaitu dipakai masa hari kejadian.Tapi seluar dalam di P14 , menurut peguam Anwar, telah dibasuh oleh ibu tunang Saiful.

Oleh itu menurut peguam Anwar P14 secara forensiknya tidak berguna (forensically useless) kerana sebarang kesan air mani, jika ada, akan hilang kerana bahan bukti telah dibasuh!

Yang lebih pelik hujah peguam Anwar seluar dalam yang dipakai Saiful semasa beliau membuat laporan polis iaitu P15 tiba tiba mengandungi kesan air mani!

Peguam Anwar berhujah bagaimanakah Anwar boleh disabitkan melakukan liwat ke atas Saiful berdasarkan kesan air mani yang terdapat di seluar dalam yang dipakai di hari yang bukan hari kejadian!!!

Adakah Anwar akan dibebaskan kerana misteri keterangan seluar dalam Saiful kita sama samalah tunggu dan lihat nanti apabila Mahkamah memberikan keputusannya nanti. – 30 Oktober, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

- tmi

Posted by Jeebond BLM

Alhamdulillah!!! (Gambar2) Inilah Suasana Solat Hajat Di Kediaman DS Anwar Ibrahim.. Jom Terjah!!!

Sebahagian penyokong DS Anwar Ibrahim yang hadir untuk Solat Hajat di Kediaman DS Anwar Ibrahim.

Solat dan munajat kepada Allah..mohon dijauhi dari penindasan penguasa yang zalim.. 

Sedaka Sejahtera

Mahathir Mungkin Bengang Dengan Pendedahan Ini..

Friday, 31 October 2014.

Mahathir Mungkin Bengang Dengan Pendedahan Ini..

Bekas rakan kolej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kurang yakin dakwaan mengatakan bekas anak didiknya itu berkelakuan songsang.

Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata semasa masih berada dalam Kabinet, Dr Mahathir memanggilnya untuk menyiasat tentang latar belakang Anwar semasa di kolej.

"Dr Mahathir tanya sama ada saya setia dengan dia atau Anwar. Saya kata saya setia dengan Anwar sebagai kawan dan Dr Mahathir sebagai ketua," katanya ketika ditemui di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.

Katanya, pada Februari 2001 beliau sekali lagi dipanggil Dr Mahathir bertanyakan sama ada dirinya percaya Anwar melakukan perbuatan liwat.

Fauzi berkata, Dr Mahathir mahu mendapatkan kepastian tentang dakwaan yang didengarnya daripada adik kepada setiausaha sulit Anwar ketika itu, Ummi Hafilda Ali.

Katanya, Dr Mahathir pasti orang ramai akan percaya dengan kata-katanya jika beliau mengaku Anwar melakukan perbuatan sedemikian.

Namun, beliau enggan menurut perintah Dr Mahathir supaya mengakui dan mempercayainya walaupun ditawarkan dua fail projek.

"Sebenarnya dia mahu suruh saya supaya yakinkan dia Anwar tidak meliwat.

"Dia harap dia dapat percaya dan saya hanya bercakap benar," katanya.

Fauzi dan Anwar merupakan rakan sekolah semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1964 dan menyertai PKR pada 2008.

Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 atas dua sebab, iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dalam kerajaan dan menggantikannya sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir dalam buku "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" menyatakan beliau dimaklumkan mengenai skandal Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, 4 tahun sebelum buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' dihantar kepadanya.

Namun enggan membacanya kerana yakin ketika itu ia hanya artikel sensasi bertujuan mengaut keuntungan.

Anwar dijatuhi hukuman penjara 6 tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan 9 tahun ekoran kes Liwat II pada 2000.

Beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Kini, beliau dalam proses rayuan terakhir menggugurkan tuduhan Liwat II di peringkat Mahkamah Persekutuan yang dijangka berakhir pada minggu depan.

Jika didapati bersalah, beliau akan dihukum penjara 5 tahun kerana bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara pada Jun 2008. ~malaysian insider

Addin Bekas rakan kolej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kurang yakin dakwaan mengatakan bekas anak didiknya itu berkelakuan songsang.

Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata semasa masih berada dalam Kabinet, Dr Mahathir memanggilnya untuk menyiasat tentang latar belakang Anwar semasa di kolej.

"Dr Mahathir tanya sama ada saya setia dengan dia atau Anwar. Saya kata saya setia dengan Anwar sebagai kawan dan Dr Mahathir sebagai ketua," katanya ketika ditemui di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.

Katanya, pada Februari 2001 beliau sekali lagi dipanggil Dr Mahathir bertanyakan sama ada dirinya percaya Anwar melakukan perbuatan liwat.

Fauzi berkata, Dr Mahathir mahu mendapatkan kepastian tentang dakwaan yang didengarnya daripada adik kepada setiausaha sulit Anwar ketika itu, Ummi Hafilda Ali.

Katanya, Dr Mahathir pasti orang ramai akan percaya dengan kata-katanya jika beliau mengaku Anwar melakukan perbuatan sedemikian.

Namun, beliau enggan menurut perintah Dr Mahathir supaya mengakui dan mempercayainya walaupun ditawarkan dua fail projek.

"Sebenarnya dia mahu suruh saya supaya yakinkan dia Anwar tidak meliwat.

"Dia harap dia dapat percaya dan saya hanya bercakap benar," katanya.

Fauzi dan Anwar merupakan rakan sekolah semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1964 dan menyertai PKR pada 2008.

Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 atas dua sebab, iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dalam kerajaan dan menggantikannya sebagai perdana menteri.

Dr Mahathir dalam buku "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" menyatakan beliau dimaklumkan mengenai skandal Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, 4 tahun sebelum buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' dihantar kepadanya.

Namun enggan membacanya kerana yakin ketika itu ia hanya artikel sensasi bertujuan mengaut keuntungan.

Anwar dijatuhi hukuman penjara 6 tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan 9 tahun ekoran kes Liwat II pada 2000.

Beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Kini, beliau dalam proses rayuan terakhir menggugurkan tuduhan Liwat II di peringkat Mahkamah Persekutuan yang dijangka berakhir pada minggu depan.

Jika didapati bersalah, beliau akan dihukum penjara 5 tahun kerana bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara pada Jun 2008. 

malaysian insider

Addin

Rantaian bukti, peranan Jude Pereira jadi tumpuan peguam Anwar

RAKYAT MALAYSIA MALAH SELURUH DUNIA MELIHAT DAN MENANTIKAN KEPUTUSAN YG DASYAT !

Sampel DNA akan mengalami degradasi (terjejas kualiti) jika tidak disimpan dengan segera dalam peti sejuk beku, kata peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan hari ini, dalam usaha mematahkan hukuman yang disabitkan ke atasnya.

Menurut Ramkarpal Singh, sampel DNA milik Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya disimpan dalam kabinet pejabat pegawai polis dan bukan dalam peti sejuk beku bagi mengelak degradasi dan pencemaran.
 
Ramkarpal, salah seorang daripada 14 peguambela Anwar, meneruskan hujah selepas mahkamah berehat sementara, dengan mempersoalkan integriti sampel yang diambil dan keadaan semasa ia disimpan.

Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang bersidang sehingga esok. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008.

Ramkarpal berkata pegawai penyiasat polis gagal mematuhi prosedur dalam melindungi sampel itu.

Katanya, pejabat pihak pendakwaan mempunyai catatan menghuraikan prosedur yang sepatutnya diketahui semua penyiasat.

"Menurut catatan itu, sebaik diambil, bahan bukti itu perlu dihantar ke satu bilik pengeringan yang sewajarnya, menunjukkan ia perlu dilakukan secepat mungkin. Namun, perkara ini tidak dilakukan," katanya.

Rombongan Dari DAP Perak Hadi D Istana Kehakiman
Sampel tersebut sebaliknya disimpan dalam laci kabinet selama 48 jam lagi. Dalam senario ini, kemungkinan pencemaran bakteria berlaku.

Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun, 2008 tetapi hanya dihantar ke Jabatan Kimia pada 30 Jun.

Saiful juga tidak pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan segera selepas didakwa diliwat, tetapi menunggu 36 jam kemudian, kata Ramkarpal.

Secara keseluruhan, mereka mengambil masa 96 jam bagi menghantar sampel kepada ahli kimia kerajaan bermula dari masa kejadian didakwa berlaku.

Bagaimanapun, ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong memberi keterangan mengatakan DNA tersebut berada dalam keadaan "tidak tercemar".

Ahli Parlimen Indra Mahkota YB Dato Fauzi Abdul Rahman & Isteri, 
Juga Hadir
Di Istana Kehakiman, Putrajaya Kelmarin.

Ramkarpal mempertikaikan keputusan ujian tersebut sama ada ia konsisten dengan jarak masa yang digariskannya, mengatakan sampel dalam keadaan tersebut tidak mungkin boleh dianggap "tidak tercemar".

"Saya juga boleh mempertikai mengatakan ia bukan sampel yang sama," katanya.

Kehadiran satu lagi DNA lelaki dalam sampel Saiful, yang diambil dari kawasan perianal juga menimbulkan keraguan terhadap integriti sampel itu, kata Ramkarpal .

Beliau berkata apabila terdapat keraguan, undang-undang biasa menuntut perkara itu diselesaikan dengan berpihak kepada pihak tertuduh bagi memberi manfaat kesangsian.

Menjadi satu kesalahan, kata Ramkarpal apabila Mahkamah Rayuan meletakkan beban bukti kepada pihak pembelaan dan bukannya pihak pendakwa.

Awal hari ini, pasukan peguam bela memberitahu mahkamah, DNA dari item dalam lokap Anwar diambil secara tidak sah kerana tidak ada bukti mengatakan Anwar menggunakannya iaitu berus gigi, botol air dan tuala.

Peguam bela juga membangkitkan beberapa perkara bagi menunjukkan Saiful bukan seorang saksi berkredibiliti kerana keterangannya yang sentiasa berubah.

Pasukan peguam bela Anwar terdiri daripada 14 peguam dan diketuai Datuk Seri Gopal Sri Ram, bekas ketua hakim persekutuan.

Anwar, 67, dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan Mac lalu, tetapi diberi penangguhan sehingga rayuan di Mahkamah Persekutuan selesai.

Beliau dituduh meliwat Saiful di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun 2008. Mahkamah Tinggi membebaskan beliau pada Januari 2012 sebelum keputusan diubah oleh Mahkamah Rayuan.

Kes liwat ini merupakan kali kedua dihadapi Anwar, pertama pada 1998, apabila dituduh meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar. Namun, beliau dibebaskan Mahkamah Persekutuan pada 2004.

Kali ini, karier politik Anwar mungkin berakhir jika mahkamah tertinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan.

PasMa semakin berkembang dalam PAS walau diharamkan Majlis Syura

PAS takut dengan bayangan sendiri...nampak bayang disangka hantu...

 Ketika rasa tidak puashati terhadap konservatif dalam PAS semakin merebak, Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) kini berkembang pesat dengan penubuhan cawangan di semua negeri walaupun Majlis Syura Ulama parti itu melarang ahlinya terlibat dengan kumpulan itu.

 The Malaysian Insider diberitahu, PasMa kini telah melantik pemimpin di setiap negeri dan sedang merancang membuka pejabat tetap dan melantik kakitangan sepenuh masa mengendalikan perkembangannya.

Orang ramai yang memenuhi sebuah dewan hotel di Kangar, 
September lalu dalam satu majlis anjuran PasMa. – 
 Gambar Facebook Zokharnain Abidin, 30 Oktober, 2014.  

Di Terengganu, negeri presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di mana kumpulan ini berdepan dengan tekanan paling hebat, hampir kesemua daerah di negeri itu telah mempunyai pemimpin PasMa, begitu juga Kedah di mana terdapat pemimpin PasMa di semua daerah.

 "Kita bukan pertikai Majlis Syura. Apa yang berlaku ada kenyataan bercanggah antara kenyataan Setiausaha Agung PAS dengan Syura.

 "Setiausaha Agung kata tak salah sertai PasMa kerana hanya sebuah NGO, MSU pula nasihatkan jangan," kata Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi, merujuk kepada kenyataan Datuk Mustapha Ali yang berkata PasMa hanya sebuah NGO.

Phahrolrazi  berkata, terserah kepada pemimpin PAS menguruskan percanggahan arahan ini, sambil menambah pihak yang berhak mentafsirkan perlembagaan parti adalah Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Luham) PAS.

 Sementara itu, AJK PAS Pusat, Khalid Samad akan menyertai program PasMa di Ipoh 8 November ini manakala rakannya, Dr Dzulkefly Ahmad akan menyertai program di Temerloh 15 November ini bersama Tengku Puji Tengku Abdul Hamid, bekas pemimpin PAS yang kini dilantik mengetuai PasMa Pahang.

 Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub berkata, setiap ahli berhak menyertai mana-mana pertubuhan bukan kerajaan, dan PAS tidak boleh menghalang sekiranya ada ahli mahu sertai program PasMa.

 "Namun, Majlis Syura sudah mengeluarkan arahan atau mungkin disebut sebagai nasihat melarang untuk ahli sertainya. Maka keadaan ini mungkin mencetuskan keraguan dan keresahan ahli-ahli PAS.

 "Oleh itu elok diadakan diskusi antara kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian," kata Salahudin sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

 Pada 12 Oktober lalu, Majlis Syura, badan tertinggi dalam PAS, menasihatkan semua ahli PAS jangan terlibat dengan kumpulan ini.

 Setiausahanya, Nik Zawawi Salleh berkata larangan ini selari dengan peringatan Hadi dalam ucapan penutup di Muktamar PAS ke 60 di Batu Pahat, Johor, bulan lalu.

 Dalam ucapan yang sangat berbeza dengan ucapan pemimpin utama PAS sebelumnya, Hadi memberikan amaran keras terhadap perpecahan yang semakin teruk dalam PAS yang disifatkannya sebagai "jemaah dalam jemaah" di dalam parti itu.

 Beliau kemudiannya mempertahankan keputusan Majlis Syura melarang penglibatan ahli PAS dalam PasMa, dan berkata ia berasaskan aduan di peringkat negeri mendakwa salah laku ahli PasMa.

 Tetapi Setiausaha Agung PasMa, Mohd Taib Ahmad menafikan dakwaan PasMa adalah parasit kepada PAS dan tuduhan bahawa mereka mendaftar sebuah parti baharu.

 "Itu merupakan sesuatu yang dikehendaki musuh supaya dapat pecahbelah PAS, supaya Barisan Nasional kekal. Ia strategi yang ditunggu-tunggu oleh BN supaya PAS pecah," katanya kepada The Malaysian Insider. Phahrolrazi pula menegaskan, PasMa akan terus kekal sebagai NGO dan menjadi pemerhati dan pengkritik kepada Pakatan Rakyat atau Pakatan Watch.

"Kita akan kekalkan PasMa. Jika jadi parti, akan berlaku kekosongan peranan itu," katanya merujuk kepada peranan yang mahu dimainkan PasMa iaitu memantau Pakatan Rakyat khasnya PAS agar sentiasa berada di landasan betul.

 Pertemuan pertama PasMa dibuat pada Hari Merdeka lalu di kemuncak krisis menteri besar Selangor bagi memastikan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat.

Lebih 100 ahli PAS bertemu di Kota Bharu hari itu dan menubuhkan PasMa di kala spekulasi bertiup kencang PAS akan bersama Umno membentuk kerajaan di Selangor bagi menyelesaikan krisis itu.

 Tetapi menurut pengkritik PasMa yang kebanyakan terdiri dari kumpulan pro-ulama, PasMa dipimpin dan disertai oleh ahli PAS yang kecewa dan tidak mendapat tempat dalam parti itu.

 Taib menolak dakwaan itu.

 "Orang yang kecewa akan duduk diam, tetapi pejuang akan terus berjuang," katanya.

Bagi beliau, ada usaha musuh PAS menarik parti itu keluar Pakatan Rakyat.

"Ada usaha musuh-musuh untuk bawa PAS keluar dari PR, PasMa akan dedahkan usaha jahat musuh ini. Kita ada bukti-bukti kukuh," tambahnya. – 30 Oktober, 2014.

al-Husseyn 

Mahathir juga kurang yakin Anwar meliwat, kata bekas rakan kolej

Bekas rakan kolej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kurang yakin dakwaan mengatakan bekas anak didiknya itu berkelakuan songsang.
Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata semasa masih berada dalam Kabinet, Dr Mahathir memanggilnya untuk menyiasat tentang latar belakang Anwar semasa di kolej.
"Dr Mahathir tanya sama ada saya setia dengan dia atau Anwar. Saya kata saya setia dengan Anwar sebagai kawan dan Dr Mahathir sebagai ketua," katanya ketika ditemui di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.
Katanya, pada Februari 2001 beliau sekali lagi dipanggil Dr Mahathir bertanyakan sama ada dirinya percaya Anwar melakukan perbuatan liwat.
Fauzi berkata, Dr Mahathir mahu mendapatkan kepastian tentang dakwaan yang didengarnya daripada adik kepada setiausaha sulit Anwar ketika itu, Ummi Hafilda Ali.
 
Katanya, Dr Mahathir pasti orang ramai akan percaya dengan kata-katanya jika beliau mengaku Anwar melakukan perbuatan sedemikian.
Namun, beliau enggan menurut perintah Dr Mahathir supaya mengakui dan mempercayainya walaupun ditawarkan dua fail projek.
"Sebenarnya dia mahu suruh saya supaya yakinkan dia Anwar tidak meliwat.
"Dia harap dia dapat percaya dan saya hanya bercakap benar," katanya.
Fauzi dan Anwar merupakan rakan sekolah semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1964 dan menyertai PKR pada 2008.
Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 atas dua sebab, iaitu tidak sesuai untuk meneruskan khidmat dalam kerajaan dan menggantikannya sebagai perdana menteri.
 
Dr Mahathir dalam buku "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad" menyatakan beliau dimaklumkan mengenai skandal Anwar oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, 4 tahun sebelum buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' dihantar kepadanya.
Namun enggan membacanya kerana yakin ketika itu ia hanya artikel sensasi bertujuan mengaut keuntungan.
Anwar dijatuhi hukuman penjara 6 tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan 9 tahun ekoran kes Liwat II pada 2000.
Beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004.
Kini, beliau dalam proses rayuan terakhir menggugurkan tuduhan Liwat II di peringkat Mahkamah Persekutuan yang dijangka berakhir pada minggu depan.
Jika didapati bersalah, beliau akan dihukum penjara 5 tahun kerana bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah kondominium di Damansara pada Jun 2008. –TMI
 
 Mimpi Senja

Keadilan Untuk Anwar Ibrahim - RAKYAT HAKIM NEGARA !!

Pada tahun 2007, Anwar Ibrahim telah mendedah video klip VK Lingam. Terbongkar skandal perlantikan hakim2 & keraguan tingkahlaku mereka. Wibawa kehakiman kian punah! 

Pada 2008 RCI ditubuh. Siasat skandal video klip VK Lingam. RCI akui keabsahannya tapi gagal siasat dakwaan betapa penghakiman boleh 'dibeli'. Seramai 6 org disiasat. Dr M, Ahmad Fairuz, Eusoff Chin, Tengku Adnan Mansor, Vincent Tan & VK Lingam. RCI Klip Video VK Lingam dapati ada bukti mencukupi mengenai salahlaku Dr M, Ahmad Fairuz, Eusoff Chin, Tengku Adnan, Vincent Tan & Lingam. RCI Klip Video VK Lingam syorkan tindakan keatas 6 org dibawah Akta Hasutan, Akta Profesion Undang2, Akta Rahsia Rasmi & Kanun Keseksaan.

Pada 22 Okt 2009 Parlimen diberitahu mengenai keputusan Peguam Negara berkaitan siasatan skandal klip video VK Lingam. Apa jadi??NFA. No Further Action! Habis kat situ je.. Last last pada 13 Sept 2011 Mahkamah Persekutuan memutuskan penemuan2 RCI Skandal Klip Video VK Lingam tak boleh disemak semula. Sehingga hari ini, dah 6 tahun RCI syor tindakan diambil keatas Dr M, Ahmad Fairuz, Eusoff Chin, Tengku Adnan, Vincent Tan & VK Lingam. Tak seorangpun didakwa. 

TAHUKAH KORANG 2 drp 3 hakim Mahkamah Persekutuan yg adili kes RCI Skandal Klip Video VK Lingam, hari ini antara 5 hakim dlm kes rayuan Anwar Ibrahim?? 

Wahai Yang Arif, aku sebagai rakyat Malaysia nak tanya kamu... Kenapa Anwar Ibrahim bermati2an mahu dibicara dan dihukum? Kenapa tiada tindakan terhadap ex-PM Dr M, SUA Umno Tengku Adnan dll sekalipun disyorkan RCI? 6 tahun sudah berlalu.. Apakah di negara ini wujud dua jenis undang-undang? Satu untuk menghukum pembangkang & pengkritik, satu lagi untuk menutup kes kroni dan pembesar kerajaan?Pada tahun 2007, Anwar Ibrahim telah mendedah video klip VK Lingam. Terbongkar skandal perlantikan hakim2 & keraguan tingkahlaku mereka. Wibawa kehakiman kian punah! 

Pada 2008 RCI ditubuh. Siasat skandal video klip VK Lingam. RCI akui keabsahannya tapi gagal siasat dakwaan betapa penghakiman boleh 'dibeli'. 

Seramai 6 org disiasat. Dr M, Ahmad Fairuz, Eusoff Chin, Tengku Adnan Mansor, Vincent Tan & VK Lingam. RCI Klip Video VK Lingam dapati ada bukti mencukupi mengenai salahlaku Dr M, Ahmad Fairuz, Eusoff Chin, Tengku Adnan, Vincent Tan & Lingam. RCI Klip Video VK Lingam syorkan tindakan keatas 6 org dibawah Akta Hasutan, Akta Profesion Undang2, Akta Rahsia Rasmi & Kanun Keseksaan.

Pada 22 Okt 2009 Parlimen diberitahu mengenai keputusan Peguam Negara berkaitan siasatan skandal klip video VK Lingam. Apa jadi??NFA. No Further Action! Habis kat situ je.. 

Last last pada 13 Sept 2011 Mahkamah Persekutuan memutuskan penemuan2 RCI Skandal Klip Video VK Lingam tak boleh disemak semula. Sehingga hari ini, dah 6 tahun RCI syor tindakan diambil keatas Dr M, Ahmad Fairuz, Eusoff Chin, Tengku Adnan, Vincent Tan & VK Lingam. Tak seorangpun didakwa. 

TAHUKAH KORANG 2 drp 3 hakim Mahkamah Persekutuan yg adili kes RCI Skandal Klip Video VK Lingam, hari ini antara 5 hakim dlm kes rayuan Anwar Ibrahim?? 

Wahai Yang Arif, aku sebagai rakyat Malaysia nak tanya kamu... Kenapa Anwar Ibrahim bermati2an mahu dibicara dan dihukum? Kenapa tiada tindakan terhadap ex-PM Dr M, SUA Umno Tengku Adnan dll sekalipun disyorkan RCI? 6 tahun sudah berlalu.. 

Apakah di negara ini wujud dua jenis undang-undang? Satu untuk menghukum pembangkang & pengkritik, satu lagi untuk menutup kes kroni dan pembesar kerajaan?

VIDEO - Wajah Individu Kontroversi Dalam Perbicaraan Kes Anwar Tersebar

Jude Pereira

Sampel DNA akan mengalami degradasi (terjejas kualiti) jika tidak disimpan dengan segera dalam peti sejuk beku, kata peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Persekutuan hari ini, dalam usaha mematahkan hukuman yang disabitkan ke atasnya. 

Menurut Ramkarpal Singh, sampel DNA milik Mohd Saiful Bukhari Azlan hanya disimpan dalam kabinet pejabat pegawai polis dan bukan dalam peti sejuk beku bagi mengelak degradasi dan pencemaran.

Ramkarpal, salah seorang daripada 14 peguambela Anwar, meneruskan hujah selepas mahkamah berehat sementara, dengan mempersoalkan integriti sampel yang diambil dan keadaan semasa ia disimpan. 

Anwar, 67, dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun pada Mac tahun ini tetapi mendapat penangguhan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan yang bersidang sehingga esok. Beliau diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin. 

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu didakwa meliwat Saiful, bekas pembantunya di sebuah kondominium di Damansara pada 26 Jun, 2008. 

Ramkarpal berkata pegawai penyiasat polis,Jude Pereira (gambar) gagal mematuhi prosedur dalam melindungi sampel itu. 

Katanya, pejabat pihak pendakwaan mempunyai catatan menghuraikan prosedur yang sepatutnya diketahui semua penyiasat. 

"Menurut catatan itu, sebaik diambil, bahan bukti itu perlu dihantar ke satu bilik pengeringan yang sewajarnya, menunjukkan ia perlu dilakukan secepat mungkin. Namun, perkara ini tidak dilakukan," katanya. 

Sampel tersebut sebaliknya disimpan dalam laci kabinet selama 48 jam lagi. Dalam senario ini, kemungkinan pencemaran bakteria berlaku. 

Sampel itu diambil daripada Saiful pada 28 Jun, 2008 tetapi hanya dihantar ke Jabatan Kimia pada 30 Jun. 

Saiful juga tidak pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan segera selepas didakwa diliwat, tetapi menunggu 36 jam kemudian, kata Ramkarpal

Secara keseluruhan, mereka mengambil masa 96 jam bagi menghantar sampel kepada ahli kimia kerajaan bermula dari masa kejadian didakwa berlaku. 

Bagaimanapun, ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong memberi keterangan mengatakan DNA tersebut berada dalam keadaan "tidak tercemar". 

Ramkarpal mempertikaikan keputusan ujian tersebut sama ada ia konsisten dengan jarak masa yang digariskannya, mengatakan sampel dalam keadaan tersebut tidak mungkin boleh dianggap "tidak tercemar". 

"Saya juga boleh mempertikai mengatakan ia bukan sampel yang sama," katanya. 

Kehadiran satu lagi DNA lelaki dalam sampel Saiful Bukhari, yang diambil dari kawasan perianal juga menimbulkan keraguan terhadap integriti sampel itu, kata Ramkarpal . 