Bekas rakan kolej Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kurang yakin dakwaan
mengatakan bekas anak didiknya itu berkelakuan songsang.
Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata semasa masih
berada dalam Kabinet, Dr Mahathir memanggilnya untuk menyiasat tentang
latar belakang Anwar semasa di kolej.
"Dr Mahathir tanya sama ada saya setia dengan dia atau Anwar. Saya kata
saya setia dengan Anwar sebagai kawan dan Dr Mahathir sebagai ketua,"
katanya ketika ditemui di Istana Kehakiman Putrajaya, hari ini.
Katanya, pada Februari 2001 beliau sekali lagi dipanggil Dr Mahathir
bertanyakan sama ada dirinya percaya Anwar melakukan perbuatan liwat.
Fauzi berkata, Dr Mahathir mahu mendapatkan kepastian tentang dakwaan
yang didengarnya daripada adik kepada setiausaha sulit Anwar ketika itu,
Ummi Hafilda Ali.
Katanya, Dr Mahathir pasti orang ramai akan percaya dengan kata-katanya
jika beliau mengaku Anwar melakukan perbuatan sedemikian.
Namun, beliau enggan menurut perintah Dr Mahathir supaya mengakui dan mempercayainya walaupun ditawarkan dua fail projek.
"Sebenarnya dia mahu suruh saya supaya yakinkan dia Anwar tidak meliwat.
"Dia harap dia dapat percaya dan saya hanya bercakap benar," katanya.
Fauzi dan Anwar merupakan rakan sekolah semasa di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1964 dan menyertai PKR pada 2008.
Dr Mahathir memecat Anwar pada 1998 atas dua sebab, iaitu tidak sesuai
untuk meneruskan khidmat dalam kerajaan dan menggantikannya sebagai
perdana menteri.
Dr Mahathir dalam buku "A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr
Mahathir Mohamad" menyatakan beliau dimaklumkan mengenai skandal Anwar
oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, 4 tahun sebelum buku '50
Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri' dihantar
kepadanya.
Namun enggan membacanya kerana yakin ketika itu ia hanya artikel sensasi bertujuan mengaut keuntungan.
Anwar dijatuhi hukuman penjara 6 tahun bagi kesalahan rasuah pada 1999 dan 9 tahun ekoran kes Liwat II pada 2000.
Beliau dibebaskan daripada tuduhan liwat oleh Mahkamah Persekutuan pada 2004.
Kini, beliau dalam proses rayuan terakhir menggugurkan tuduhan Liwat II
di peringkat Mahkamah Persekutuan yang dijangka berakhir pada minggu
depan.
Jika didapati bersalah, beliau akan dihukum penjara 5 tahun kerana
bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di sebuah
kondominium di Damansara pada Jun 2008. –TMI
Mimpi Senja
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.