Followers

Thursday, March 29, 2012

Misi Nalla KaruPANDI and the gang

 

Dulu...
Homoseksual

Now....
Biseksual
La ni....
 Nak impeach pulak dah.

Kah kah kah kah kah....

Nalla... Nalla... KaruPANDI betoi la!!



AL FATIHAH : DUA AJK UMNO MAUT... DIPERCAYAI DIPANDU LAJU... Abu Nu'man

 
2 AJK Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Kajang, Khairul Isham Janarudin dan Saifuddin Kandar yang merupakan penumpang kereta berkenaan .

Kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan akibat dipandu laju menyebakan kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Timur, berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra di sini.
Akibatnya 2 penumpangnya maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang parah.




.... Al-Fatihah... semoga ditempatkan dikalangan orang ahli UMNO beriman bukan kalangan UMporNO...
 
 
DPWM

3 Penari Tiang Cuma Didenda RM25 Seorang ???

 
Seremban - Tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai dekat sini Sabtu lalu.

Nooranishah (kiri) bersama Faiqah dan Nurul Huda ketika ditahan atas kesalahan mempamerkan tarian tiang dan berpakaian tidak sopan di sebuah pusat hiburan di Nilai pada Sabtu lalu.

Faiqah Azizan, 24, Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga wanita tersebut yang berasal dari Kuala Lumpur didakwa mempamerkan tarian tiang di atas pentas dengan pakaian kurang sopan di tempat hiburan awam.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang mengenakan hukuman denda tidak lebih RM25 atau penjara maksimum 14 hari jika sabit kesalahan.




Mereka adalah tertuduh beragama Islam yang pertama di Negeri Sembilan disabitkan kesalahan melakukan tarian tiang di bawah akta tersebut.

Mohamad Izwan dalam penghakimanannya berharap kesemua tertuduh insaf dan tidak mengulangi perbuatan itu demi menjaga nama baik diri dan keluarga mereka. -kosmo

Ulasan GB


Cuma denda RM25 seorang. Apakah ada nilai pengajaran dengan denda sebanyak itu?
Namun itulah hakikatnya.

Bukankah sepatutnya kes ini didakwa di Mahkamah Syariah bukan di mahkamah sivil?



Kelab Greenboc

Mengapa saya memilih PAS : Pengakuan Bekas Pemain Bola Sepak Kebangsaan


Susuk tubuhnya masih kelihatan tegap, disamping wajahnya yang masih kacak walaupun sudah berusia 57 tahun dan tetap petah berbicara dalam loghat Terengganu.

 Satu ketika dahulu di era 70 an dan awal 80 an, dengan stokinnya yang meleleh ke buku lali, serta tendangan “inswinger”nya yang terkenal itu, beliau tangkas berlari ke sana ke mari mengejar bola yang menjadikannya hebat di padang.

Pernah membantu pasukan Terengganu melayakkan diri ke pertandingan akhir Piala Malaysia tahun 1982 tetapi tewas 1-2 kepada Selangor.

Itulah Abdullah Ali, bekas pemain bolasepak Terengganu, Selangor dan juga kebangsaan, anak kelahiran Kampung Wakaf Kedondong, Bukit Payong.

Walaupun sudah lama meninggalkan kampung halaman, namun masih banyak lagi kenangan yang beliau ingati apabila berbicara tentang kisah silam kehidupannya di Bukit Payong semalam bersama penduduk di situ.

Pada majlis minum petang dan ramah mesra bersama Abdullah Ali semalam di Kampung Sena Rendang itu, beliau telah meluangkan masa kira-kira sejam setengah berucap dan berdailog dan menjamu selera bersama penduduk sekitar.

Dalam ucapannya beliau antara lain menjelaskan bahawa Umno memang tidak suka rakyat cerdik dan bermaklumat.

“Umno suka kalu rakyat dok (tidak) cerdik sebab dia boleh tipu dan kekal memerintah.

Kalau rakyat bermaklumat,payohlah (payah) dia nok (nak) tipu,” kata beliau.

Pengurus sebuah agensi pelancongan, umrah dan haji itu turut menyeru pemuda-pemuda Bukit Payong agar melakukan kerja-kerja dengan bersungguh-sungguh bagi meraih sokongan kepada PAS dalam pihanraya akan datang.

Antaranya seperti memujuk orang-orang tua mereka dengan memberi maklumat tentang penyelewengan Umno,kerana orang-orang tua ini mungkin tidak menyedari bahawa mereka telah, sedang dan akan ditipu oleh Umno.

Ditanya dalam temubual selepas majlis apakah yang mendorong beliau menyokong PAS, beliau memberitahu antara sebab utama yang menyebabkan beliau membuat keputusan itu ialah isu penyelewengan National Feedlot Coperation (NFC).

Baginya isu itu telah menyerlahkan kejahatan Umno menipu duit rakyat.

“Dalam isu ini saya melihat Umno begitu rakus dengan mengambil duit rakyat.

Saya nampak Umno buat ikut suka dia saja untuk mengambil duit rakyat.

Dibawah pemerintahan Umno, duit rakyat tidak dijaga dengan baik dan amanah,” tegas beliau lagi.

Dalam majlis yang turut disertai oleh Wakil Rakyat Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah itu juga telah diadakan acara penyerahan sumbangan bola yang ditandatangani oleh Haji Abdullah kepada pasukan Pemuda Sena Rendang.

Majlis yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang penduduk sekitar itu, diakhiri dengan solat asar berjemaah di Surau Sena Rendang -

http://dunbpayong.blogspot.com


Nizar

DETIK-DETIK MEMALUKAN UMNO BHG SETIAWANGSA

Shuhaimi : Umno Ikut Peraturan, Tetapi Tak Bermoral - By Afeeqa Afeera

 
 

SHAH ALAM : Penjualan tanah oleh segelintir pemimpin Umno-BN yang menyalahgunakan pengaruh mereka dalam pentadbiran lama adalah tidak bermoral walaupun transaksi mereka mengikut undang-undang.

ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafie menambah sesetangah kes penjualan tanah tersebut kepada syarikat swasta di mana pemimpin Umno itu ada kepentingan.

Shuhaimi juga berkata, kebanyakan pemimpin Umno-BN mematuhi peraturan yang betul semasa menjual tanah rizab Melayu, namun mereka mengambil kesempatan atas kedudukan yang dimiliki untuk mempercepatkan proses jualan tanah.

Menurutnya, situasi itu dilihat melibatkan isu penyalahgunaan kuasa ke atas jawatan yang dimiliki selain tidak menjaga kebajikan rakyat.

“Pemimpin Umno menggunakan undang-undang yang betul, tetapi cara mereka itu tidak kena dan dilihat membelakangkan rakyat.

“Mereka menggunakan pengaruh yang ada untuk mempercepatkan proses penjualan tanah yang berkemungkinan mengambil masa panjang untuk orang biasa.

Maka, atas faktor itu kita sifatkan ia sebagai salah satu isu penyalahgunaan kuasa,” tegasnya.

Shuhaimi sebelum ini mendedahkan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan Umno-BN terdahulu dalam isu pemberian tanah yang melibatkan beberapa bahagian Umno Selangor.

Beliau berkata, pendedahan tersebut merupakan reaksi daripada desakan ADUN Umno-BN dalam sesi Dewan Negeri Selangor baru-baru ini supaya beliau membuktikan dakwaan tentang penyelewangan Umno-BN.

Shuhaimi mendedahkan tiga kes, iaitu pemberian tanah Kerajaan kepada Umno Kota Raja pada tahun 2007 dan cubaan Ketua Umno Puchong, Datuk Satim Diman untuk menjual tanah rizab Melayu kepada syarikat bukan Bumiputera.

Satim juga didakwa telah menggunakan pengaruhnya di dalam pentadbiran Umno-BN yang lama bagi menjual tanah anak syarikat Kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat swasta di mana beliau mempunyai kepentingan.
Shuhaimi berkata, pihaknya akan meminta Angkatan Muda Keadilan (AMK) untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu tanah di Jalan Bukit Kemuning.

“Umno Kota Raja tidak bayar seperti yang dibayar oleh orang lain. Dia bayar secara nominal iaitu seringgit sekaki dan menggunakan perkongsian geran bersama majlis untuk mendapat manfaat.

“Isu penyalahgunaan dana dan kuasa ini yang perlu diketengahkan supaya rakyat dapat menilai bahawa ia tidak bermoral,” katanya.


Selangorku

DR ASRI-KEMBALILAH

Ustaz Salleh Man dan Anwar akan lompat parti ??

Inilah gambar bukti nyata Ustaz Salleh Man akan lompat parti menurut "otak lembu" umporno hanya kerana duduk sekali bila terserempak di kedai makan. Kalau kata bodoh nanti marah pula...kih kih kih...


Gambar ini lagi jelas bukti Anwar akan lompat parti sebab dah pekena sekali Teh tarik...Najib dah rasuah Anwar teh tarik...Anwar nie kalau dengan teh tarik dan kalau ada pula cucok kodok...pantang dia..pantang tengok...kih kih kih..

Mk - Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Salleh Man menafikan spekulasi bahawa beliau merancang untuk melompat atau meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinan DAP.

ADUN Permatang Pasir berkata, dakwaan itu dibuat oleh "budak Umno" yang menangkap gambarnya bersama Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said dan penyelaras BN Permatang Pauh Rahim Man.

Saleh berkata, mereka hanya bersalaman dan tidak banyak bercakap sebelum beliau beredar selepas mendapati sekumpulan anggota Puteri Umno mengadakan pertemuan di situ.

Sebelum ini, terdapat dakwaan di blog yang tidak dikenali berhubung spekulasi melompat parti itu dengan menyandarkan kepada gambar pertemuan itu.



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Wednesday, March 28, 2012

MARI KITA LARI DARI DILEMBUKAN UMNO...


 
RAKYAT HARUS SEDAR.

Pada 3 mac yang lalu, Dato’ Sri Anwar Ibrahim telah mendedahkan sebanyak RM 23 billion wang Petronas telah dibolot oleh syarikat kroni Umno/Bn. 
 
Tidak hairanlah jika adik Najib Razak dan anak Mahathir, Mokhzani diumumkan sebagai antara terkaya di Malaysia. 
 
Memang benarlah kata DSAI ketika di Batu Cave baru-baru ini yang menyamakan Malaysia dengan India. Jika kita lihat di India, rakyatnya kita lihat hidup dalam kedaifan, tetapi pemimpinnya mempunyai harta melimpah ruah. 
 
Ini juga berlaku di Malaysia. Ini anda harus sedar.

LARI DARI DILEMBUKAN UMNO...

Hassan Ali...Tolong Perbetulkan Geng2 Kamu Ni.......


Tok Guru "Hebat" Dalam Membidik Sasaran...

 
Sapa Kata Tok Guru Hanya Kat Masjid / Sekolah-Sekolah Pondok Jer..
Ni Buktinya Tok Guru "Hebat" Dalam Membidik Sasaran...  

"KebaBOOOMmm".. Panjat Boboi... Semput-Semput...
Terbaiklah Tok Guru Ambo Nie.. 

Menembak Pakai Kopiah, Berjubah...
Sapa Cakap Tak Boleh... 

Buktinya Tok Guru Mampu Lakukan...........
1 · ·


PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR....
MASAK SEBIJK DIATAS PETI...
HUTANG TAUKE2 BESAR SAMPAI BERATUS2 JUTA BOLEH DIHAPUSKAN.... HUTANG PTPTN DIBAWA KEMATI......

WKAKAKAKKAKAKAKAKKAKA>... PANTUN TAK MASUK LANGSUNG....... KEH..>KEH..>KEH....


Kalau Tajudin boleh kenapa PTPTN tak boleh?

Abdul Aziz Mustafa, 28 Mac 2012

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Rancangan mengadakan himpunan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di hadapan pejabat Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Anak-anak muda yang meminjam dari PTPTN tidak berpuas hati terhadap layanan keras terhadap mereka sedangkan hutang (Tan Sri) Tajudin (Ramli) berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja oleh kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) begitu sahaja.

"Mereka bersungguh-sungguh mahu berhimpun menuntut pinjaman mereka juga dihapuskira," katanya.

Peminjam-peminjam PTPTN itu mempersoalkan mengapa mereka diburu dengan begitu keras dan kasar jika gagal membayar pinjaman sedangkan Tajudin mendapat layanan yang begitu istimewa, kata beliau.

"Mereka juga mahu hutang mereka dilupuskan seperti hutang Tajudin yang mempunyai kekayaan luar biasa itu.

"Peminjam-peminjam PTPTN itu bukannya bertaraf pengarah bukan bebas dan Pengerusi Bukan Eksekutif Edaran Berhad seperti Tajudin, mereka tidak ada Tanjung Rhu Resorts atau bot Azimut yang berharga sehingga hampir setengah juta dollar Amerika seperti Tajudin," kata Mohamad.

Beliau hairan mengapa Perdana Menteri boleh melupuskan hutang Tajudin itu sedangkan tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta.

"Mahkamah dah kata Tajudin kena bayar balik, tetapi kerajaan Najib lupuskan hutang itu," kata Mohamad.

Menurut beliau, kalaulah institusi-institusi kewangan mendapat perintah seperti itu terhadap rakyat tertindas, mereka tidak akan berkompromi.

"Mereka akan mengambil pelbagai tindakan untuk mendapatkan kembali hutang mereka termasuk mensita harta-harta peminjam atau meminta mahkamah mengisytihar si peminjam itu muflis.

"Tetapi Najib senang-senang write off hutang Tajudin sebesar RM589 bilion. Kepentingan Tajudin dalam Edaran Berhad dan Tanjung Rhu Resort sedikit pun tidak diusik.

"Lepas ini bolehlah Tajudin mengajak Najib berseronok-seronok naik bot Azimut mengelilingi Langkawi," katanya.

Mohamad (gambar) meminta rakyat Malaysia sedar bahawa ini bukan kali pertama Tajudin mendapat layanan istimewa dari kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

"Dulu, selepas mengakibatkan pelbagai masalah kepada MAS akibat pengurusannya, Tajudin mendapat untung besar apabila menjual balik sahamnya dalam MAS kepada kerajaan dengan harga yang berkali ganda lebih tinggi dari harga pasaran.

"Zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dapat jual saham dengan harga berkali ganda lebih tinggi kepada kerajaan, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) Tajudin tidak diambil tindakan walaupun laporan bertulis telah dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan zaman Najib pula hutangnya sehingga RM589 juta dilupuskan.

"Adakah kerajaan Najib fikir para peminjam PTPTN mahu menonton begitu sahaja layanan istimewa kerajaan Umno kepada Tajudin?" beliau mempersoalkan,

Sebelum ini, Mohamad menyatakan bahawa pihaknya akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya PTPTN dihapuskan.

"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira.

"Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," katanya.

Kerja Jahat Untuk Jatuhkan Anwar Di Parlimen Sedang Giat Dilakukan

 
Nalla cari jalan lucut Anwar sebagai ketua pembangkang

Senator Datuk S Nallakaruppan sedang mencari jalan untuk mengadakan impeachment (mencabar supaya dilucutkan jawatan) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang ekoran dakwaan terlibat dalam aktiviti biseksual.

Peguamnya, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah berkata, usul itu akan dibawa ke jawatankuasa disiplin parlimen bagi membolehkan Anwar digantung atau mengosongkan kerusi itu. 
 
"Secara teknikalnya usul ini boleh dibawa dan kita perlu teliti dan study mengenai perkara ini terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas sidang media di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Beliau mengambil contoh dalam kes kes bekas presiden Amerika Bill Clinton dengan Monica Lewinsky dalam skandal seks yang berakhir dengan pengundurannya.


Bloglist Malaysia

Khalid Samad jawab tuduhan Hasan Ali 10022012 pt1

Ke mana arah ahli-ahli parlimen bebas ini?


Ke mana arah ahli-ahli parlimen bebas ini?
Pada 19 Februari yang lalu, ahli parlimen Pasir Mas yang tidak menganggotai mana-mana parti, Ibrahim Ali telah mengumumkan bahawa beliau akan mempertahankan kerusi parlimen yang disandangnya sejak tahun 2008 yang lalu, tetapi tidak menyatakan pula sama ada beliau akan bertanding semula sebagai calon bebas ataupun menyertai mana-mana parti politik yang pilihan beliau.
 
Pada pilihanraya umum yang lalu, Ibrahim bertanding atas tiket PAS dan memenangi kerusi parlimennya atas bantuan dan sokongan ahli-ahli dan para penyokong PAS di kawasan Pasir Mas, tetapi tidak pernah memohon menyertai parti tersebut selepas itu.
 
Pemimpin pertubuhan perkauman ekstremis Perkasa itu, turut mendakwa sokongan masyarakat Cina kepadanya turut bertambah dan disebabkan oleh faktor tersebutlah yang telah mendorong Ibrahim berhasrat untuk bertanding mempertahankan kerusi parlimen yang disandangnya pada pilihanraya umum akan datang yang akan bakal diadakan pada bila-bila masa lagi.
 
Selain daripada Ibrahim, ahli-ahli parlimen bebas yang lain termasuklah Zulkifli Noordin (Kulim Bandar Baru), Zahrain Mohamad Hashim (Bayan Baru), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai). Kebetulan pula kesemua ahli-ahli parlimen bebas ini telah meninggalkan parti asal mereka, PKR selepas pilihanraya umum tahun 2008 yang lalu.
 
Halatuju ahli-ahli bebas ini
 
Persoalannya adalah sama ada ahli-ahli parlimen bebas ini akan mempertahankan kerusi parlimen sandangan mereka pada pilihanraya umum yang akan datang masih menjadi tanda tanya semua pihak dan para pemerhati politik khususnya.
 
Pada bulan Jun 2010, kumpulan ahli-ahli parlimen bebas ini telah “bergabung” secara tidak formal untuk membentuk sebuah kumpulan yang bergelar Konsensus Bebas di dalam parlimen bagi mempraktikkan status bebas mereka. Ahli-ahli Konsensus Bebas ini terdiri daripada Zahrain, Choo Keong, Zulkifli, Tee Beng dan Mohsin. Ibrahim pula enggan menyertai konsensus tersebut kerana berpendapat bahawa konsensus itu tidak memberikan sebarang manfaat kepada beliau.
 
Yang menarik perhatian adalah kelima-lima ahli Yang Berhormat ini adalah berasal daripada parti yang sama, iaitu PKR yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dan telah meninggalkan PKR setelah dikatakan telah berselisih dengan ketua pembangkang parlimen tersebut.
 
Bagi Tee Beng, setelah meninggalkan PKR, beliau telah menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan dilantik menjadi pengerusi KITA Pulau Pinang. Namun, karier politiknya dalam KITA taman apabila disingkirkan daripada parti tersebut kerana memberontak menentang pemimpin KITA Zaid Ibrahim. Sementara itu, Zulkifli kini adalah salah seorang naib-presiden Perkasa yang kini diterajui oleh Ibrahim Ali.
 
Berkenaan dengan kedudukan ahli-ahli parlimen bebas ini, umumnya rakyat memandang remeh akan status yang mereka pilih sekarang kerana dikatakan tidak ada halatuju dan perjuangan yang sebenarnya di dalam diri mereka. Siapakah sebenarnya mereka wakili, apakah konsep dan pendirian mereka, bagaimana pula dengan fahaman yang mereka pelopori dan apakah yang mereka dapat tawarkan kepada rakyat itu semuanya masih kabur dan kurang jelas.
 
Yang rakyat ketahui adalah kesemua ahli-ahli bebas ini dahulunya menganggotai PKR, bertanding atas tiket PKR dan memenangi kerusi masing-masing atas usaha dan sokongan daripada PKR dan penyokong-penyokong parti tersebut, dan selepas itu mengkhianati PKR dengan keluar parti dan kini secara tidak langsung “menyokong” Barisan Nasional (BN).
 
Soal mungkinkah mereka ini akan menyertai Umno ataupun mana-mana parti komponen BN yang lain sebelum pilihanraya umum yang akan datang masih menjadi tanda tanya. Sama ada parti-parti komponen BN ini akan membenarkan para “pengkhianat” ini bertanding semula juga turut menjadi tanda tanya kerana para pemimpin BN juga dikatakan risau akan isi hati ahli-ahli bebas ini yang dianggap masih tidak tentu arah dan halatuju mereka.
 
Kesetiaan yang tidak jelas
 
Selain daripada arah dan halatuju yang tidak jelas pada ahli-ahli parlimen bebas ini, kesetiaan mereka turut dipersoal ramai pihak berdasarkan sejarah politik beberapa Yang Berhormat bebas ini.
 
Zahrain adalah seorang bekas pemimpin Umno yang menyertai PKR, sementara Zulkifli yang sebelum menyertai PKR, adalah seorang ahli PAS, manakala Tee Beng dahulunya adalah ahli Gerakan sebelum menyertai PKR, meninggalkan parti tersebut dan kemudiannya menyertai KITA yang selepas itu memecat beliau. Ibrahim pula yang bertanding atas tiket PAS tetapi tidak menyertai parti tersebut dan kemudiannya menjauhkan dirinya daripada parti yang pernah mendukungnya.
 
Jadi adalah amat jelas sekali label “lompat” itu melekat pada mereka semua ini walaupun apajua penjelasan yang mereka telah cuba berikan kepada umum dan para pengundi di kawasan-kawasan mereka khususnya.
 
Oleh yang demikian, sememangnya amat sukar untuk mempercayai akan kredibiliti dan kesetiaan mereka yang sebenarnya dan jika sekiranya mereka menyatakan pendirian mereka di dalam sesuatu perkara kesetiaan mereka pada pendirian yang mereka ketengahkan juga perlu diragui berdasarkan beberapa kenyataan yang pernah mereka keluarkan pada umum sebelum ini.
 
Yang rakyat akan terus melihat mereka adalah dari segi, kesemua mereka ini pernah dan banyak kali melompat parti dan itu adalah hakikatnya dan pada masa yang sama di dalam beberapa siri “lompatan” mereka adakah soal kewangan turut terlibat di dalam mempengaruhi keputusan mereka dari masa ke semasa. Itulah yang senantiasa akan menjadi tanda tanya di samping terus menimbulkan pelbagai keraguan di mata semua pihak akan keihlasan mereka yang sebenarnya.
 
 
Pencacai SeMalaysia

Hasan Ali Ke Parit Buntar ?

Sapa yang kata Dr. Hasan Ali penakut nak mai Parit Buntar hangpa patut tarik balik kata-kata hangpa tu.


Dr. Hasan Ali bukan sahaja berani turun Parit Buntar jumpa bekas pengundi dia tapi dia pilih untuk turun di kawasan antara yang paling kuat PAS di Parit Buntar.


Aku pun terkejut sebenarnya bila ada member bagitau yang "
Dr. Hasan Ali nak turun bagi ceramah pasai beras JATI kat Batu Lima."

Taktau la pulak kalau Dr. Hasan Ali dah lupa dan tertukar antara Batu 5 dengan Simpang 3.


Sebelum ni ada ura-ura yang kata Dr. Hasan Ali nak turun belah Tanjong Piandang atau Bagan Tiang. Kalau kot belah tu aku tak heran sangat pasai kot belah tu masa dia bertanding dulu kira 60-40, 60 BN 40 PR.

Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-5672201 
Mungkin betul macam yang KakiHentam tulis, mungkin ada "Cubaan nak memalukan Hasan Aqidah."

Sebelum ni bila ada khabar angin kata Dr. Hasan Ali nak berceramah di Tanjong Piandang atau Bagan Tiang yang kemudiannya terbukti khabar palsu, ramai 'panglima-panglima' PAS dah 'terlepas cakap' kata kalau betul Dr. Hasan Ali berani mai Parit Buntar depa kata depa nak buat begini nak buat begitu.


Tak payah la aku sebut depa kata depa nak buat apa pasai aku pun dah ingat-ingat lupa pasai ramai jugak la yang aku dengar dah 'terlepas cakap' macam tu.


Senang ceritanya, kalau depa berani buat macam yang depa kata tu kira memang layak la kalau depa nak mengaku 'panglima'.


Jangan pulak buat-buat lupa tarikh ceramah Dr. Hasan JATI tu sudah la, malu la kalau tahap 'panglima' cakap tak serupa bikin.


Kepada yang ada kamera canggih-canggih elok hangpa pi Batu 5 malam tu, mana tau ada 'aksi-aksi menarik' yang boleh hangpa rakam.


Apa pun, aku yakin ramai puak-puak PAS akan pi ceramah Dr. Hasan Ali di Batu 5 tu. Aku nak cadangkan kat puak-puak PAS yang nak pi ceramah tu jangan duduk atas bangku yang disediakan. Biar walaupun ramai yang hadir ceramah tu tapi bangku yang disediakan takdak orang duduk.


Biar si 'parasit' tu tau tara mana tahap meluatnya kulaan belah sini kat dia.


Ceramah Hasan Ali Parasit di Batu 5
[Sunber: KakiHentam]


Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/03/sapa-kata-dr-hasan-ali-takut-nak-mai.html#ixzz1qSg9XvSt

Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Ampang 27/03/2012 (Part 1/2)

Anwar Ibrahim: Rapat Rakyat Ampang 27/03/2012 (Part 2/2)


Rabu, 28 Mac 2012


Video & Gambar : Ceramah Terkini DS Anwar Di Taman Kosas, Ampang









Sumber Gambar : Facebook Orenji Ren Oren

Taman Kosas, Ampang 27/03/2012

GEMPAR!! YB Umno Kaki Dangdut Telah Dikenalpasti!! (Wajib Sebar!!)


Laporan dari akhbar Sinar Harian dua hari lepas melaporkan bahawa Jabatan Siasatan Jenayah (JSJN) Melaka telah menahan seramai 27 orang di tangkap dalam Ops Tapis di sebuah pusat hiburan di Melaka Raya.
 
27 orang yang di tahan itu termasuk seorang ADUN Melaka.


Lihat gambar di bawah pula, boleh nampak potongan sideburn rambut kedua-dua identiti ini.


Maklumat tambahan yang di perolehi telah membongkar ADUN yang terlibat dalam tangkapan tersebut adalah ADUN dari Dun RIM, iaitu Mohd Yazed Hj Khamis. Maklumat ini di peroleh dari laporan cetak Akhbar Cina, Sin Chew Jit Poh bertarikh 26hb Mac 2012 seperti di bawah:


Sebagai seorang YB yang memegang tanggungjawab/peranan memartabatkan akidah Islam, sepatutnya pada jam 2.40 pagi adalah waktu paling sesuai menganjurkan solat tahajud tetapi pada waktu yang sama YB tersebut telah dicekup meraikan pesta dangdut bersama GRO yang seksi dan arak bergelimpangan. Dalam serbuan yang sama, hasil ujian urin mendapati lapan lelaki dan tiga wanita di dalam premis berkenaan didapati positif dadah.

Jika beginilah sikap seorang YB Umno yang mempunyai 'tittle' Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, bagaimana pula sikap pemimpin Umno lain yang tidak memegang portfolio hal ehwal agama?  Inikah gerombolan pejuang Islam yang boleh diharapkan??

Gambar di bawah pula menunjukkan bagaimana Umno meraikan ahli-ahlinya - dengan persembahan tarian gelek demi kelangsungan meneruskan legasi;

Amat menghairankan, bagaimana tergamaknya mereka mengiktiraf 'Allah Bersama Umno' dalam merungkai akronim A.B.U. Apakah Umno sudah terlalu dipinggir oleh rakyat sehingga terpaksa menghidangkan hiburan melampaui batasan semata-mata untuk meramaikan kehadiran. Mereka menjemput penari untuk 'bergoyang inul' dan ini satu penghinaan ke atas orang melayu sendiri kononnya hiburan begini yang dituntut masyarakat.

Umno semakin hari semakin dipinggirkan. Banyak cawangan sudah ditutup dan selebihnya cawangan tidak banyak berfungsi. Umno hari ini hanya sekadar bermain di peringkat bahagian, mengira keuntungan projek sana-sini untuk dibahagi hanya sesama mereka.

Jika dilihat mood rakyat dalam menghadapi PRU13, rakyat lebih terbuka dan memilih untuk perubahan total. Program ceramah di Melaka dan Johor mendapat sambutan yang amat luar biasa. Rakyat juga menyatakan kesediaan untuk sebuah menerima sebuah kerajaan pusat yang baru, hasil dari testimoni baik yang ditunjukkan oleh semua kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Mood meninggalkan Umno dan menyertai Pakatan Rakyat ini dibantu dengan lebih pantas oleh isu-isu penyelewengan seperti isu NFC, PKFZ dan juga isu moral seperti tertangkapnya seorang YB dalam kelab dangdut seperti yang diberitakan di atas. Isu hubungan dagang Malaysia-Israel yang sedang hangat bermain di Parlimen juga menjadi faktor besar kerana isu Israel begitu sinonim menusuk jantung orang melayu yang berugama Islam. 

Isu kenaikan harga barang juga membantu mood 'Asalkan Bukan Umno', isu SPBA yang menyentap perasaan setiap penjawat awam peringkat pertengahan dan bawahan juga cukup membantu mood ABU. Isu lynas juga memberi mimpi ngeri buat regim pemerintah, begitu juga dengan keangkuhan Rosmah yang tetap berbelanja besar walaupun telah diberi amaran oleh rakyat dan juga anak muda SAMM. 

Semua isu ini menjadi pemangkin betapa Umno yang sudah rapuh itu harus ditinggalkan. Tindakbalas dari isu-isu yang dibongkar Pakatan Rakyat, orang Umno sendiri malu untuk mengaku sokong Umno. Mereka hanya bersuara seolah-olah orang atas pagar tetapi bau Umno masih pekat di kalangan mereka. Dari status orang tengah inilah mereka membuka mata dengan maklumat dan berpusu-pusulah mereka meninggalkan Umno.

Lihatlah gambar di bawah, rakyat hadir sendiri tanpa bas dan nasi bungkus, memberi sokongan tanpa sebarang bayaran / door gift, malah rakyat yang datang ini turut membantu mengeluarkan wang kocek memberi dana hanya untuk memastikan Bn tumbang pada PRU13. 

Gambar ini diambil malam tadi(27 Mac) dari dua kamera berbeza;



Rakyat hadir tanpa dihidangkan penari seksi. Sokongan yang besar ini membuatkan regim gentar dan pastinya akan bertindak luar batasan demi menghalang kemaraan jentera Pakatan Rakyat untuk mencelikkan rakyat. Apabila Umno gagal berhujah menggunakan otak, maka otot pula mereka gunakan. Inilah sikap dan tabiat gerombolan di hujung usia.

Ayuh rakyat, ke'samseng'an Umno tidak memberi apa-apa faedah, maka tinggalkanlah gerombolan terdesak ini. Inilah detik dan peluang terbaik ketika segala kepincangan Umno itu berada di depan mata, apakah kita rakyat celik dan yang hampir celik akan berdiam diri? Pilihlah ABU. Dalam PRU-13, ABU adalah pilihan terbaik !!

Sekali lagi Edyes nyatakan kepada penyokong Umno yang mula sangsi, cukuplah tersesat dan marilah berjuang dalam gerakkan massa ABU. Kepada penyokong Umno tegar, teruskan sesat, kami sudah cuba membantu dengan maklumat yang utuh.

Kepada Rakyat Malaysia, Ayuh tumbangkan kerajaan zalim lagi penipu, perasuah, penyeleweng, peragut dan pembunuh secara halus, dengan slogan rakyat - Asalkan Bukan Umno. ABU pilihan terbaik PRU13.  

Bayangkan, kalau wakil rakyat Umno berjawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam pun boleh hanyut ke pusat maksiat, apatah lagi para ahlinya. Tinggalkanlah Umno demi masa depan agama dan anak bangsa, berjuang bersama menegakkan Agama dengan maksud sebenar, bukan retorik semata-mata. 

Asalkan Bukan Umno - Tumbang Bn PRU13

EDYES @edyesdotcom
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


 

BN bakal bagi hadiah "ISTIMEWA" selepas PRU13 ???

 


Menteri harap GST dilaksana lepas PRU

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata, beliau berharap kerajaan mampu melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) selepas pilihan raya umum dan mengajak Pakatan Rakyat bekerjasama dengan BN untuk memastikan kejayaan dasar itu.

"Harapnya (mereka setuju dilaksanakan selepas pilihan raya umum)... Saya percaya kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerjasama dalam perkara yang sangat penting kepada negara," katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan akan melaksanakan dasar kontroversi itu selepas pilihan raya umum akan datang, dalam majlis bersama anggota Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia hari ini.

Walaupun pilihan raya dijangka berlangsung Mei atau Jun, Idris berkata beliau tidak menjangkakan GST akan diperkenalkan sebelum akhir tahun ini.

"Kamu kena tanya perdana menteri. Beliau menteri kewangan tetapi saya tidak rasa ia akan berlaku sekarang. Seperti saya pernah sebutkan, ia memerlukan masa yang panjang untuk dilaksanakan, sekurang-kurangnya setahun (daripada tarikh diumumkan)," katanya.

"Tetapi saya percaya terdapat banyak sebab untuk negara kita melaksanakannya. Ini menunjukkan kenapa 143 negara sudah melaksanakan GST. Mk

Tambahan 10 sen untuk subsidi petrol RON95
Kerajaan menaikkan subsidi untuk petrol RON95 sebanyak 10 sen pada bulan ini - kepada RM1.03 seliter - ekoran kenaikan harga minyak dunia.

Menurut The Star hari ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata harga RON95 kekal pada RM1.90 seliter.

Kali terakhir kerajaan menyemak harga RON95 - dari RM1.85 kepada RM1.90 seliter - ialah pada bulan Disember 2010.
Sementara itu Bernama memetik Ismail berkata, kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan harga minyak walaupun harga bahan itu di pasaran dunia semakin meningkat.

Katanya kerajaan akan terus menanggung jumlah subsidi yang bertambah bagi memastikan beban rakyat berkurangan ekoran peningkatan harga barangan susulan kenaikan harga minyak dunia tersebut.

"Subsidi kita memang bertambah, dah jadi 93 sen setakat hari ini," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri berkata pengurangan subsidi juga hanya akan menyebabkan kenaikan harga barangan lain yang tiada kaitan secara langsung dengan minyak.

"Ini kerana bila kos pengangkutan meningkat akibat kenaikan minyak, maka pengguna yang akan menerima bebanan tersebut," katanya yang ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementerian.

Beliau berkata setakat ini beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak masing-masing ekoran harga bahan api yang melambung.

Semalam dilaporkan harga minyak diniagakan di bawah paras US$125 setong berikutan kebimbangan terhadap kestabilan kewangan di zon Euro selain sesetengah negara memberhentikan pembelian dari Iran bagi mengelakkkan sekatan pihak Barat.

Dalam sidang media itu Ismail Sabri turut mengumumkan program Anugerah Kedai Harga Patut kini dikenali sebagai Anugerah Kedai Pilihan Rakyat 1Malaysia yang turut disertai penambahbaikan termasuk pencalonan oleh pengguna.

Sebanyak enam kategori dipertandingkan iaitu barangan pengguna, makanan, ketrampilan, gajet, informasi dan pasar raya.

"Bagi menentukan pemenang dulu kita bergantung kepada pemilihan juri, tetapi sekarang ini kita buat macam Akademik Fantasia, 50 peratus markah ditentukan oleh juri dan 50 peratus markah lagi ditentukan oleh orang ramai. Baru kedai ini benar-benar merupakan kedai pilihan orang ramai," katanya.

Pekedai dan orang ramai boleh membuat pendaftaran dan pencalonan dalam talian mulai hari ini manakala bagi pengundian secara talian akan dibuat pada 24 April.

"Program ini baik untuk pengguna sebab melalui pertandingan ini peniaga dapat memperbaiki perkhidmatan dengan menawarkan harga yang istimewa kepada pengguna," katanya. Mk