Mengingat kapal van der wijck yang tenggelam, lalu saya teringat yang barangkali telah dijadualkan ada lagi sebuah kapal di tanah melayu yang sedang di lautan bakal tenggelam dan sang raja suran siap menerimanya.
Dinyatakan di sana sini konon di sebuah pertemuan sorak rakyat upahan
kedengaran setiap penjuru menjadi riuh gempita dan kelihatannya
perjuangan bangsa, negara, agama dan parti sudah jauh terlontar ke
gaung puaka, sementara yang sebelah bermatian mempertahankan hakikat
sesuai dengan visi parti dan agama dianuti.
Ayam terlepas tangan kelak berbau tahi dan menang sorak kampung tergadai akan siap didendangkan dan ketika itu siapa bakal disalahkan kala yang namanya melayu tidak lagi berpaut kepada dahan yang rapuh dan tersesat tidak lagi lewat di laluan Illahi?
Ramai para perwakilan yang konon gagah berkasa tetapi semuanya termakan dedak sumpahan “cash isking” ekor bergelomang dengan tahi babi dan mereka rata2nya kehilangan nur pada wajah mereka lalu menjadi sampah tetapi soraknya terus bergema sedang harga diri dan maruah tergadai sirna melayang-layang.
Sudah terang bersuluh lagi bahawa zaman sekarang ini kebenaran yang ada disembunyikan dan kebatilan dimulia sanjung tinggi melangit melayang-layang di angkasa bumi kita.
Pencuri penyamun dipuja dan pembohong, bodek, ampu tiap tahun ada saja bintang disemat di dada entah siapa yang menang di medan juang.
Demikianlah hakikatnya bahana yang harus diterima dan kelihatannya langit semakin mendung dan bulan kala malam semakin pucat sedang dinihari sudah mula mahu menyalam senja dan bakal di sisi malam.
ISMAILY BUNGSU

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.