Terkini : 30 perkara #MAHATHIR perkatakan kepada #NAJIB
1.Najib mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.
2.Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran Kerajaan
untuk memberi percuma tanah di Putrajaya diwaktu saya letak jawatan,
seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak. Saya
minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk
sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam
Kerajaan. Tak hutang.
3.Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam Kerajaan saya pulangkan
balik kepada Kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan
kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.
4.Yang saya minta dari Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat.
Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun
saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU 13
lebih buruk dari Abdullah dalam PRU 12, setelah kemenangannya dalam PRU
13 lebih buruk dari Abdullah saya masih terus menyokongnya sebagai
Perdana Menteri.
5.Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.