Ketua Menteri Sarawak pertimbang semula sokongan jika Perdana Menteri didapati bersalah
“Saya berjaya menyakinkan UMNO supaya tidak datang ke Sarawak. Kita ada ramai kaum disini, bukan sahaja orang Melayu,” kata Adenan di Dewan Undangan negeri Sarawak pada Rabu.
Malah, beliau bersedia mengharamkan UMNO di Sarawak, hanya jika pengharaman itu turut dikenakan keatas parti-parti politik lain dari Semenanjung.
Kenyataan beliau itu mengesahkan spekulasi bahawa UMNO merancang untuk meluaskan pengaruhnya ke Sarawak selepas Sabah pada 1990.
Mengulas sokongannya kepada Najib, Adenan berkata seseorang itu harus dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah.
“Najib adalah pemimpin Barisan Nasional (BN),” tegas beliau. “Saya akan menyokong beliau sehingga terbukti beliau terlibat dalam salahlaku.”
Adenan bakal menghadapi pilihan raya negeri pada pertengahan 2016 dan tidak mahu skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion dikaitkan dengan pentadbirannya.
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.