SEJAK dahulu kala lagi orang kita mahunya sesuatu itu jatuh dari langit dan jelas kurang berusaha atau berkerja keras untuk mendapatkan sesuatu, manakala orang barat dulu2nya pernah mengatakan akan menghantar kekasihnya ke bulan dan ini antara sikap positif mereka banding orang kita yang menunggu rezeki dari langit semata.
Orang kita takut sangat akan bahaya, lalu mereka berdoa dijauhi segala bala, sedang orang cina pula bahaya atau bala itu bermakna peluang. Biasanya sesuatu yang bahaya itu ditakuti oleh orang kita sedang bangsa lain di situlah mereka nampak ada peluang yang harus direbut segala.
Kala kita
takut itulah makanya pemikiran kita jadi kelam dan kita tidak berani
melakukan percubaan2 untuk mencapai kejayaan dan yang berani akan terus
berusaha menggapai peluang yang ada itu sehingga berjaya.
Ketika Andalusia hebat yang melahirkan ilmuan yang terkenal seperti ibnu sina, Kindi, Kaldum dan pelbagai barat ketika itu dalam keadaan yang gelap dan ketika itulah raja Peranchis ke-2 belajar di Andalusia lalu segala ilmu2 dari tokoh2 terkenal islam diterjemah ke bahasa asing dan diangkut ke barat hingga barat jadi hebat.
Barat yang mulanya gelap menjadi terang benderang dan segala ilmu itu berkembang dan terus berkembang dan ini dikembangkan sama oleh bangsa Yahudi dan bangsa Yahudi mengkaji segalanya ini dan akhirnya bangsa yahudi yang kuasai ekonomi di Amerika dan semua bidang. Makanya sesiapa saja yang duduki kerusi presiden Amerika kena pro Israel dan utamakan kepentingan israel.
Lalu sedikit masa dulu kita enggan menghantar pelajar kita ke barat kesan dikatakan kembali dari barat pelajar2 kita bakal terpengaruh cara didikan barat dan jauh untuk mempelajari ilmu yang Yahudi dapatkan.
Meski kekadang kita selalu berfikiran salah tafsir terhadap Yahudi dan secara langsung ada yang menolak ilmu yahudi dan dikatakan seolah memerangkap dunia islam dan akhirnya apa saja yang datang dari Yahudi kita anggap tidak sesuai dengan cara budaya bangsa kita meski ilmu itu sebenarnya anugerah Allah.
Ketika kita menentang sistem pendidikan barat itu, lalu kita uar2kan sistem pendidikan islam dan yang jelas pendidikan Islam itu rupanya sekadar retorika dan tidak dalam bentuk amali dan terbukti dalam negara “Islam hadhari” dan “negara Islam contoh” di sana sini ada saja korupsi, rasuah, bohong, tipu muslihat, malah hukum Islam itu sendiri dikatakan sebagai hukum yang menghuruharakan Malaysia dan kesannya orang kita hanya tahu bercakap, hakikat sebenar hipokrit yang akhirnya rata2 pemimpin kalangan melayu seolah menjahanamkan negara bangsa Malaysia.
ISMAILY BUNGSU
Sabah

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.