Followers

Wednesday, December 16, 2015

Safwan Anang didenda RM5,000 - Mohamad Fadli


safwan

Mahkamah mengambil kira tertuduh yang hanya bekerja sebagai guru al-Quran dan perlu menanggung isteri dan anak.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerima rayuan aktivis yang juga bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang @ Talib bagi meringankan hukuman kesalahannya mengikut Akta Hasutan 1948.

Hakim, Mohd Azman Husin bersetuju mengurangkan hukumannya kepada RM5,000 atau penjara dua tahun.

Peguam Safwan, Ariff Azami Hussein berkata dia berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah.

“Saya berasa lega dan dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah hari ini.

“Sekurang-kurangnya kami mendapat sesuatu hari ini iaitu dapat mengurangkan hukuman daripada penjara 10 bulan kepada denda RM5,000 sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di luar bilik mahkamah.

Terdahulu dalam rayuan, Safwan memohon mahkamah meringankan hukuman kerana dia hanya bekerja sebagai guru mengajar al-Quran selepas menamatkan pengajiannya dalam jurusan pengajian Islam di Universiti Malaya (UM).

Dia berkata isterinya juga tidak bekerja dan mempunyai seorang anak perempuan berumur lapan bulann, selain ia adalah kesalahan pertama.

Pendakwaraya, Muhamad Yasser Mohd Nasri membantah rayuan tertuduh supaya dikenakan denda atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan boleh memberi kesan besar terhadap masyarakat.

“Tertuduh perlu dikenakan hukuman kerana telah melibatkan kepentingan awam dan menyebabkan kacau bilau,” katanya.

Sebelum ini, Safwan telah dijatuhkan hukuman 10 bulan penjara oleh Mahkamah Seksyen kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramahnya.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi antara 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.

Bagaimanapun Safwan dibenarkan menagguhkan pelaksanaan penjara itu sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.