Wakil rakyat harus menghargai persidangan Parlimen dan mengelak menjadikan perbahasan menyerupai pertunjukan sarkas.
Bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz berkata panggilan ‘wakil rakyat’ akan mengingatkan ahli-ahli Parlimen bahawa mereka bekerja untuk rakyat dan bukan untuk membuang bising di Parlimen.
Beliau berkata demikian di laman Facebook miliknya pada Isnin.
Menceritakan pengalamannya sebagai Ahli Parlimen Selayang pada 1978, berkata tugas utamanya adalah mewakili rakyat dan kemudian sebagai penggubal undang-undang.
“YB bukan ‘Yang Berhormat’ dan ‘Yang Berhujah’ atau ‘Yang Bercakap’ atau ‘Yang Bising’, tetapi ‘Yang Bekerja’,” tegas bekas Ketua Wanita Umno itu, yang mahu mengingatkan akan harapan tinggi rakyat kepada wakil-wakil rakyat masing-masing.
Lantaran itu, beliau menjelaskan wakil-wakil rakyat harus menghargai persidangan Parlimen dan mengelak menjadikan perbahasan menyerupai pertunjukan sarkas
.
Beliau menambah wakil rakyat harus mematuhi peraturan-peraturan tetap dan tatakelakuan untuk ahli-ahli Parlimen, dan mengelak dari menggunakan Parlimen sebagai batu loncatan untuk mempromosi diri, menunjuk perasaan atau mengarut.
“Bercakap di Parlimen merupakan suatu keistimewaan yang hanya diberikan kepada orang-orang terpilih.”
FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.