Ketua DAPSY Perak menepis kenyataan rakan
seperjuangannya itu sebagai kenyataan peribadi yang dibuat tanpa merujuk
kepada pendirian rasmi DAPSY
Ketua DAPSY Perak, Howard Lee Chuan How menepis kenyataan rakan seperjuangannya itu sebagai kenyataan peribadi yang dibuat tanpa merujuk kepada pendirian rasmi DAPSY.
“Saya secara tegas menyatakan bahawa isi kandungannya tidak mencerminkan pendirian DAPSY Perak, mahupun DAPSY mana mana peringkat.
“Kenyataan dan pendirian tersebut adalah pendirian peribadi saudara Chong, dan tidak pernah diperbincangkan mahupun dipersetujui di mana-mana peringkat DAPSY, khususnya di peringkat negeri Perak,” tegas Howard dalam satu kenyataan yang diterima FMT.
Howard mengingatkan bahawa sayap pemuda DAP Perak membantah dan mengecam penindasan rejim Israel khususnya keatas rakyat Palestin, selaras dan konsisten dengan pendirian DAP induk.
“Kami menghulurkan tangan solidariti kepada rakan-rakan Palestin dulu dan kini, dan akan terus berkerjasama dengan parti parti rakan DAPSY di Palestin, menentang segala ancaman dan penindasan hak asasi manusia yang telah menjadi lumrah dan fitrah pemerintah Israel,” kata Howard.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.