Adakah mereka tidak sedar bahawa kos bebanan hidup rakyat dan mahasiswa semakin parah?
Perhimpunan Agong Umno (PAU15) tahun ini digemparkan dengan suara lantang seorang mahasiswa Universiti Awam yang juga merupakan Presiden Majlis Mahasiswa UKM. Farhan Khairuddin dengan lantangnya menyebut tentang dua perkara yang menjadi antara satu highlight besar dalam PAU15 ini.
Perkara pertama yang disebut oleh Saudara Farhan ialah mengenai kemenangan besar Aspirasi iaitu kumpulan mahasiswa pro-UMNO di kampus Universiti Awam(UA) dan keduanya mengenai gesaan beliau kepada kerajaan untuk memantau para pensyarah yang menentang polisi atau dasar kerajaan Barisan Nasional.
Saranan saya pada beliau dan seluruh mahasiswa tanpa mengira blok ideologi kepartian mahupun non-partisan, hentikanlah budaya mencandu pemikiran mahasiswa dan sebaliknya berdepanlah dengan realiti yang sedang menimpa masyarakat dan anak muda bagi menghentikan segala kerosakan dan menghentikan dasar yg terus menekan ekonomi rakyat. Anak muda sudah muak dengan kerajaan UMNO bukan kerana para pensyarah yang cenderung menentang kerajaan UMNO-BN tapi kerana kezaliman kerajaan yang mungkin Saudara lupa atau menutup mata.
Beberapa persoalan ingin saya lontar pada mereka. Adakah mereka tidak sedar bahawa kos bebanan hidup rakyat dan mahasiswa semakin parah? Dengan kenaikan kos-kos pengajian universiti? Adakah mereka tidak sedar tambang ERL dan Komuter akan dinaikkan melebihi 50%?
Adakah mereka juga mungkin tidak sedar bahawa tol, tarif elektrik, dan keperluan utama rakyat yang lain juga akan mengalami peningkatan yang akhirnya bakal memiskinkan lagi 70% rakyat yang berpendapatan sederhana kebawah?
Maka dengan ini, saya ingin mengajak mereka dan seluruh mahasiswa Malaysia bersama-sama ‘menghasut’ sahabat-sahabat mahasiswa untuk terus hentikan segala kezaliman ini demi generasi kita dan negara. Ayuh, HENTIKAN SEGALA KEZALIMAN UMNO BARISAN NASIONAL.
Ahmad Fadhli Umar Aminolhuda ialah Pengerusi Persatuan Pelajar UM
Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, FMT cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.