Followers

Tuesday, December 15, 2015

ADA PEPATAH MUNDURKAN MELAYU


Ismaily Bungsu C's photo.

KITA seharusnya mengerti bahawa ada tiga pendapat tentang nasib manusia seperti kita ini. 

Satu dinamakan JABARIAH iaitu takdir menentukan segalanya dan yang kedua pula dinamakan QADARIAH yang maksudnya manusia menentukan segalanya dan ketiga pula dinamakan Sunah WAL JAMAAH iaitu takdir menentukan garis2 besar dan ikhtiar boleh pengaruhi nasib manusia dalam garis2 besar itu sebenarnya.

Nah, sejak dulu hingga sekarang setelah membuat kajian bahawa pepatah Melayu bangsa kita ada yang bersifat negatif dan kesannya Melayu begitu mundur dan lambat sangat menuju puncak.

Misalnya kalau kita kaji pepatah " Rezeki secupak tidak akan jadi segantang" dan banyak lagi dan jelas pepatah ini melemahkan semangat bangsa Melayu sendiri untuk berusaha dan kesannya ramai Melayu goyang kaki bersenang-senang sahaja tanpa usaha.

Kita harus mengkaji sabda Nabi sesudah solat, bertebaranlah kita mencari rezeki di bumi Allah dan inilah yang dilakukan oleh bangsa-bangsa lain yang maju ke depan seperti bangsa Cina dan Yahudi termasuk Korea dan Jepun.

Kemudian kalau kita perhatikan kata2 bangsa Cina ada ayat mengatakan "...,Bahaya itu maknanya peluang....", sebalik bangsa kita menolak bala dan bala itu cukup kita takuti sedang kesan bala itulah menyebabkan kita sedar dan insaf dan itu dalam ajaran Islam sesuatu yang pahit itu ada hikmahnya. Kenapa ini tidak menjadi paduan bangsa kita?

Saya membantah yang rezeki secupak itu tidak akan jadi segantang dan takdir menentukan segalanya itu adalah salah dan tidak betul dan bukan ajaran Islam.

Kalau benar takdir menentukan segalanya kenapa pula orang Islam yang telah dijanjikan oleh Allah dalam Al-Quran bahawa " kemuliaan itu untuk Allah, Rasulnya dan kaum muslimin".

Yang jelas sekarang ini kemunduran dan kehinaan orang Islam di merata dunia selepas orang Islam mencapai keagongannya dahulu terutama zaman Andalusia yang lahirkan Ibnu Sina, Kaldum, Kindi dan lain ialah kesan tidak patuhi apa yang Al Quran ajarkan. 

Andalusia jatuh abad-12 juga sama tidak mematuhi ajaran Al-Quran dan sekarang segala masjid hanya jadi muzium semata.
Misalnya kejatuhan bangsa Melayu di Malaysia yang rata2nya baik PM, TPM dan menteri2nya beragama Islam kesan kemungkaran dan mempermainkan hukum Hudud milik Allah untuk semua hambanya.

Kerana itu yang saya jelaskan kelemahan di atas merupakan kelemahan diri kita sendiri dan semuanya tergambar dalam pepatah Melayu itu dan usahalah kaji pemimikiran minda dunia Melayu sejak dulu akan kita tahu dengan jelas.



ISMAILY BUNGSU
Sabah.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.