Followers

Friday, November 27, 2015

Tindakan UMNO terhadap Muhyiddin beri persepsi buruk pada parti- ISMA - Mohamad Fadli


muhyiddin-najib-isma

Keputusan itu akan menyebabkan persepsi masyarakat terhadap UMNO berubah dan boleh membawa kepada tafsiran yang pelbagai.

KUALA LUMPUR: Ikatan Muslim Malaysia (ISMA) mengkritik tindakan UMNO berhubung keputusan supaya perasmian mesyuarat sayap-sayap parti sempena Perhimpunan Agung UMNO dilakukan oleh ketua sayap dan bukannya Timbalan Presiden yang seperti lazimnya.

Presidennya, Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, tindakan itu hanya menyumbang kepada pelbagai persolan dan memberi persepsi buruk terhadap UMNO.

“Masyarakat awam mungkin akan pandang luar biasa dan ia boleh membawa tafsiran-tafsiran yang berbeza…mungkin itu boleh jejaskan persepsi umum kepada UMNO,” katanya kepada FMT selepas merasmikan Kuala Lumpur Summit 2015.

Abdullah Zaik juga berpendapat, sekiranya UMNO tidak memberi penjelasan kepada akar umbi, ia akan hanya menambah beban kepada UMNO.

Katanya, tindakan itu akan hanya menyebabkan wujud rasa marah penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO dan kepimpinannya.

“Tindakan itu telah meninggalkan tafsiran-tafsiran kenapa dan apa?… Dan semua itu mungkin tak dapat dijawab oleh secara tuntas.

“Bila persoalan itu dibiar berlegar, saya rasa ia akan menambah beban kepada UMNO, beban yang sangat banyak,” ujarnya.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Muhyiddin tidak akan merasmikan mesyuarat sayap-sayap UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO pada bulan hadapan.

Sebaliknya, beliau menyatakan majlis perasmian mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO tahun ini akan dilakukan oleh ketua sayap masing-masing.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.