Mendedahkan
tahap kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang makin buruk, Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Kementerian Kesihatan menempatkan
ketua umum PKR itu di hospital bagi rawatan yang lebih kerap,
terutamanya fisioterapi di bahu kanannya.
Beliau berkata, sekiranya suaminya itu diletakkan di hospital, ia bukan sahaja memudahkan pakar perubatan malah menjimatkan masa mereka, sambil menambah, Anwar bukannya hendak melarikan diri ke mana-mana.
"Permintaan rawatan Anwar paling mudah untuk diluluskan dan rawatan bukan berkos tinggi. Lebih baik Anwar dibawa ke hospital akan memudahkan."Sejam boleh buat (rawatan) Anwar dan selepas itu pesakit yang lain. Bukan kita menafikan rawatan pesakit lain. Takkan dia (Anwar) hendak lari," kata Dr Wan Azizah pada sidang media di pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.
Justeru, ketua pembangkang itu bersama barisan pimpinan Pakatan Harapan yang lain, hari ini menggesa Anwar dimasukkan ke hospital pada kadar segera untuk rawatan fisioterapi yang lebih berkesan.
"Rawatan fisioterapi dan rejim perubatan konservatif perlu untuk mengurangkan kesakitan dan mengelak kesan lebih teruk pada jangka masa panjang, sambil beliau menunggu rawatan pembedahan yang sesuai," kata Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR.
Katanya, jika Anwar tidak ditempatkan di hospital lengkap, bekas ketua pembangkang itu perlu diberi fisioterapi 3 kali seminggu untuk rawatan intensif sementara menunggu pembedahan.
"Ini sama seperti rawatan fisioterapi yang dibuat sewaktu pemenjaraan pertama dahulu," kata Dr Wan Azizah yang mempersoalkan kenapa Anwar kali ini tidak menerima rawatan sama seperti ketika dipenjarakan pada 1999 hingga 2004 dahulu.
Beliau turut mendesak Datuk Dr S Jeyaindran, yang mengetuai 13 doktor bertugas merawat Anwar yang ketika ini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh sejak Februari lalu, supaya memudahkan proses rawatan.
"Bantu kami memudahcara proses untuk memastikan Anwar mendapat rawatan yang secukupnya pada kadar segera," kata Dr Wan Azizah.Katanya, selagi tidak mendapatkan rawatan fisioterapi yang berkesan, pembedahan Anwar tidak akan dapat dijalankan dan akan terus tertangguh. – TMI

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.