Kuantan: Dua pelajar lelaki yang mengambil kesempatan cuti sekolah
akibat jerebu dengan melakukan jenayah ragut akhirnya tumpas apabila
ditahan polis dalam operasi khas di dua lokasi berasingan di bandar ini,
kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek yang
masing-masing berusia 15 dan 17 tahun ditahan di rumah mereka di Lorong
Sungai Isap dan Kampung Kurnia, di sini, selepas polis memperoleh
maklumat berhubung kegiatan ragut dilakukan remaja terbabit.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad
berkata, dua suspek terbabit sebelum itu meragut beg tangan seorang
wanita berusia 22 tahun dalam kejadian di bandar ini hingga menyebabkan
mangsa kerugian lebih RM200.
“Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada bapanya sebelum mereka terus
membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini.HM
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.