Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan kes pembunuhan
Altantuya Shaariibuu dibangkitkan kembali sebagai "konspirasi"
terhadapnya, selepas dokumentari disiarkan Al Jazeera tentang pembunuhan
warga Mongolia itu pada 2006.
Bercakap kepada perwakilan Umno bahagian Pekan hari ini, Najib
mempersoalkan waktu isu ini dibangkitkan kembali ketika beliau didesak
meletakkan jawatan berhubung skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
"Isu ini dibangkitkan kembali sejak beberapa hari ini, akan tetapi saya
pernah berkata sebelum ini, saya tidak pernah berjumpa perempuan ini,
saya sudah bersumpah di masjid," katanya.
Tiada bukti tetapi pertuduhan sering dibangkitkan, seperti ada
konspirasi dalam dan luar negara."Najib mendakwa ini juga merupakan satu
percubaan untuk menjatuhkan Umno."Lihat Iraq.
Mereka kata ada senjata pemusnah di sana. Saddam Hussein didakwa. Tetapi
mereka tidak pernah jumpa senjata itu dan lihat Iraq sekarang,"
katanya."Lihat Syria, Mesir, Yaman dan Libya, semuanya musnah.
Apakah ini sebahagian daripada konspirasi antarabangsa?" soal
Najib."Tetapi kita bukan seperti mereka. Kita negara berjaya bukan
negara gagal," katanya.Beliau juga berkata, masalah yang dihadapimya
tiada bezanya dengan krisis Umno lepas akan tetapi bezanya sekarang ini
zaman media sosial.
"Dengan media sosial, walaupun anda lakukan seribu kebaikan, hanya satu dua isu yang dimainkan," katanya.
ADDIN.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.