Orang Melayu sudah lupa kaum lain
di negara ini menyumbang kepada pembangunan negara, kata pemimpin
veteran Umno, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, beberapa jam sebelum
perhimpunan "baju merah" berlangsung di Kuala Lumpur.
Dalam menjelaskan orang Melayu sebagai mempunyai "tanggapan singkat" mengenai masyarakat Malaysia lain, ahli Parlimen Gua Musang itu berkata kaum majoriti itu memilih untuk melupakan masyarakat Malaysia lain sudah menerima susur galur tradisional Melayu yang "berpuncak kepada raja".
"Dalam kita taksub untuk sentiasa menguasai keadaan, kita buat-buat lupa masyarakat yang lain pun banyak menyumbang bakti kepada Malaysia.
"Kita lupa ramai di antara mereka menyesuaikan dan menyerap diri ke dalam budaya tempatan," kata bekas menteri kewangan itu dalam ucaptamanya di persidangan tentang perpaduan kaum di Kuala Lumpur hari ini.
"Pada hemat saya orang Melayu, kita sebenarnya kurang percaya kepada diri sendiri, terutamanya dalam hubungan interaksi kita dengan masyarakat Malaysia yang lain,” katanya.
Tengku Razaleigh berkata, antara masalah utama Melayu adalah perasaan hasad dengki sesama sendiri dan suka berdendam kesumat.
Katanya, sikap ini turut dibawa orang Melayu apabila menyertai politik.
Bekas naib presiden Umno itu berkata, dalam politik Melayu, adalah lumrah agama digunakan untuk mendapatkan sokongan.
Bagaimanapun beliau menyatakan kekecewaannya golongan ulama memberikan penerangan agama dan menyesuaikannya dengan pendirian politik masing-masing sehingga menimbulkan kekeliruan.
"Ada ketikanya keadaan menjadi lebih buruk kerana terdapat ulama yang gagal menerangkan latar belakang terhadap sesuatu isu.
"Ini menyebabkan orang ramai yang tidak faham selok-belok berkaitan pendirian Islam mengenai perkara tersebut memandang serong terhadap agama kita," katanya.-TMI

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.