PUTRAJAYA 17 Sept. – Dr. Mohamad
Khir Toyo (gambar) mengemukakan permohonan agar Mahkamah Rayuan
mendengar semula rayuannya berhubung keputusan satu panel lain yang
menjatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan mendapatkan untuk
beliau dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan
ringgit, lapan tahun lalu.
Bekas Menteri Besar Selangor itu mengemukakan demikian atas alasan Mahkamah Rayuan terdahulu melakukan kesilapan serius dalam alasan penghakiman bertulis ketika mensabitkannya atas tuduhan tersebut.
Permohonan bagi pendengaran semula rayuannya dinyatakan dalam surat bertarikh 14 September lalu dan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria serta hakim-hakim Mahkamah Persekutuan yang mendengar rayuannya.
Permohonan itu dikemukakan melalui salah sebuah firma guaman yang mewakilinya, Tetuan Shafee & Co., dan salinan permohonan itu dipanjangkan kepada Utusan Malaysia hari ini.
Mohamad Khir memohon pendengaran semula rayuan di Mahkamah Rayuan kerana khuatir alasan penghakiman panel tiga hakim terdahulu akan diambil kira oleh Mahkamah Persekutuan dalam memutuskan rayuan akhirnya.-Utusan

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.