Siakap kedah gelama ikan jelawat,
Sikap dedah lama-lam tangkap khalwat..
HALAMAN HIBURAN
KUALA
LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam
mengeluarkan satu lagi waran tangkap oleh polis terhadap pelakon, Putri
Mardiana dan teman lelakinya, Shahrizam Abdullah yang masih berdegil
untuk menghadiri sebutan kes khalwat mereka.
Hakim Syarie Shaiful
Azli Jamaludin membuat keputusan tersebut selepas Pendakwa Syarie,
Mohamad Saufi Mastor Lani daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya masih gagal menerima
sebarang laporan daripada penguat kuasa yang bertanggungjawab
melaksanakan waran tangkap sebelum ini.
“Mahkamah bersetuju
mengeluarkan waran tangkap kepada polis selepas kedua-dua tertuduh
gagal dikesan serta tidak hadir pada prosiding hari ini (semalam),”
jelas Shaiful Azli semasa membuat keputusan.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.
Ketika sebutan pertama
yang dibacakan pada 23 Jun lalu, Putri Mardiana atau nama penuhnya Putri
Mardiana Zainal Abidin, 34, dan Shahrizam, 31, mengaku tidak bersalah
atas tuduhan berkhalwat di sebuah rumah beralamat di C-05-08, Jalan UP
1/1D, Ukay Perdana Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi 14 Disember 2014.
Mereka didakwa di bawah
Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang
boleh dihukum denda sehingga RM3,000, penjara atau kedua-duanya sekali
jika sabit kesalahan. (IH)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.