Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu boleh dibuka semula sekiranya terdapat bukti baru berkaitan dengannya, kata bekas ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan.
Bercakap
kepada wartawan pada satu sidang media di Kuala Lumpur, Musa berkata ia
termasuk dakwaan baharu dari dokumentari Al Jazeera yang dianggap tidak
semuanya sama dengan siasatan polis sebelum ini.
"Boleh buka semula kalau ada petunjuk baru dan kalau ada keterangan baru," katanya yang mendakwa begitu banyak tokok tambah mengenai kebenaran kes Altantuya dibangkitkan semula ketika ini.
Beliau menyeru agar saksi-saksi kejadian tampil membuat laporan polis sekiranya mempunyai petunjuk baharu dan bukannya menggunakan saluran berbeza.
"Itulah saya minta sesiapa maklumat lanjut yang boleh tunjuk dan sila buat laporan polis.
"Sesiapa yang ada petunjuk tertentu yang boleh menunjukkan bahawa ada orang lain terlibat saya harap buat laporan pada polis, jadi polis boleh menyiasat sama ada tuduhan benar atau tidak," katanya yang menjadi ketua polis negara ketika warga Mongolia itu dibunuh-TMI
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.