Followers

Tuesday, September 15, 2015

Azwan: Orang boleh cakap apa saja, ALLAH maha mengetahui


Azwan: Orang boleh cakap apa saja, ALLAH maha mengetahuiKELIBATNYA sering menarik perhatian ramai. ‎Apatah lagi jika dia berbicara sama ada di laman sosial mahu pun di mana-mana majlis. Siapa tidak kenal Azwan Ali.

Namun di sebalik karier seni, Azwan sebagai adik turut terpalit dengan dunia politik apabila abangnya, Mohamed Azmin Ali berkecimpung dalam arena itu sementelah kini menjawat jawatan penting sebagai Menteri Besar Selangor.
Tidak banyak sikit, kesan itu turut terpalit pada Azwan.

"Saya tidak ambil tahu politik pembangkang sebenarnya ..tetapi banyak juga saya hendak 'clearkan' (bersih) cerita lama saya yang belum didedahkan, kisah saya bersama abang saya Mohamed Azmin Ali, ketika hari penamaan calon di Sungai Pusu, Gombak Selangor, kini biarlah saya berterus terang tentang hari itu," demikian tutur Azwan ketika ditanya adakah dia mengambil maklum mengenai senario politik hari ini ketika mengunjungi Pejabat Sinar Harian Shah Alam, baru-baru ini.

Berbicara lanjut, Azwan berkata, pada hari tersebut dia ke Sungai Pusu menemani Azmin adalah semata-mata untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai isu kejian ibunya sendiri (Che Tom Yahaya atau Mak Tom) terhadap Azmin.

"Bila ibu sudah keluarkan pelbagai kenyataan terhadap Azmin saya rasa sayalah penyelamat, walaupun saya tidak berkata apa-apa pada hari penamaan calon tersebut... cukuplah menampakkan muka saya di celah-celah Azmin, bahawa Azmin tidak bersalah, awak (orang ramai) boleh cakap apa sahaja mengenai keluarga saya, ya tentang ibu saya, tetapi ALLAH maha mengetahui dan Azwan Ali lebih tahu apa yang berlaku.

"... jadi saya memang terlalu gembira, bukan sebab parti yang Azmin bawa tetapi lebih kepada entiti wajah dia seorang abang di mana waktu itu teruk beliau 'kena' tentang hal keluarga jadi bahan ceramah politik... makanya saya ke depan, saya bangga apabila keputusan diumumkan Azmin Ali menang besar, 'very good'," katanya kepada Sinar Online baru-baru ini.

Berbicara lanjut, Azwan berkata itulah pergorbanan terbesar yang dia lakukan untuk Azmin terutama dalam 'menyelamatkan' karier politik abangnya.

"Alhamdulillah...tidak sia-sia saya bersama Azmin ke Sungai Pusu, jadi itu pergorbanan terbesar saya buat untuk Azmin Ali, tetapi cukuplah perjuangan politik berhenti setakat itu dia tetap abang saya, saya tetap hormati beliau, 'no more politic'...dan ini jelaskan keadaan kononnya saya ada masalah dengan Azmin sebenarnya tidak," katanya.

Dalam pada itu, Azwan berkata, dia tetap berhubung dengan Azmin, namun dek kerana kesibukan Azmin sebagai Menteri Besar Selangor mereka sukar untuk bertemu.

"Dan apabila saya jumpa Azmin Ali hanya empat perkara yang keluar dari mulut saya, pertama apa khabar, bagaimana keadaan sekarang, tengah buat apa sekarang dan minta untuk berselfie.

"Itu sahaja, saya tidak pernah tanya berapa kerusi dia ada, berapa kerusi 'atas kepalanya', saya tidak ambil pusing itu semua," katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Azwan mengejutkan orang ramai apabila hadir menemani Azmin pada hari penamaan calon yang diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak Selangor.

Azmin yang bertanding di Dun Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak pada PRU lalu dihimpit kontroversi berkisar permasalahan keluarga termasuk membabitkan ibu kandungnya sendiri.

Kisah itu menjadi semakin sensasi apabila ia dimainkan oleh media arus perdana menjelang PRU13.-SinarHarian

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.