Followers

Wednesday, September 30, 2015

Azalina: Sebelum ini ada usul undi tak percaya


YB DATO SERI AZALINA OTHMAN

Usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri boleh dikemukakan walaupun tiada peruntukan khusus dalam peraturan mesyuarat mengenai perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata usul undi tak percaya kepada PM pernah dicadangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi pada Jun 2008 mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

Azalina: Sebelum ini ada usul undi tak percaya

Bagaimanapun, Azalina berkata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu bawah peraturan 18(7) kerana ia dikemukakan untuk mengambil ketetapan tidak percaya, sedangkan peraturan yang digunakan Wan Azizah adalah untuk merunding. 

"Maka, ini adalah jelas bahawa bukannya usul tidak dibenarkan tetapi ia bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat," kata Azalina dalam blognya hari ini.


Kenyataan Azalina itu dibuat selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang membidas bagaimana usul undi tak percaya tidak boleh berlaku di Malaysia speaker akan menyekatnya.

Menulis dalam blognya, Dr Mahahtir mendakwa sebelum ini tidak pernah ada undi tidak percaya terhadap perdana menteri di Dewan Rakyat disebabkan tiada pemimpin yang seteruk Datuk Seri Najib Razak.-Mkini

 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.