Umno Bahagian Ini Paling Berani.. Saksikanlah. Tan Sri Muhyiddin
Yassin hari ini menerima sambutan hangat ketika hadir ke mesyuarat agung
tahunan Umno bahagian Kluang, berbeza dengan mood di Seremban dan Kota
Melaka semalam.
Muhyiddin, yang digugurkan sebagai timbalan presiden Umno dipercayai
kritikan berhubung isu 1MDB, dijadual berucap kepada 400 orang
perwakilan.
Mesyuarat pula dijangka panas apabila terdapat usul menuntut penjelasan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan skandal
terhadapnya, termasuk isu 1MDB dan pembunuhan Altantuya Shaariibu.
“Isu itu masih menjadi persoalan termasuk siapa yang memberi arahan
kepada Sirul Umar Azhar,” menurut usul yang diterima media itu.
"Sebagai pengawal peribadi YAB Datuk Seri Najib, dakwaan Sirul perlu
disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Ini adalah nyawa
manusia, amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan.”
Umno Bahagian Ini Paling Berani.. Saksikanlah
Selain itu, usul berkaitan 1MDB mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat
milik penuh kementerian kewangan yang mana perdana menteri sendiri
merupakan pengerusi lembaga penasihat miliki bebanan hutang berjumlah
RM51 bilion.
“Laporan-laporan dalam akhbar di New York (New York Time 7 Februari
2015) begitu tajam, pedas dan berleluasa, namun Najib membisu seribu
bahasa," kata usul tersebut.
Sementara itu, menyentuh isi pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan
(GST) mengusulkan dengan mendesak kerajaan menggandakan aktiviti
pemantauan ke atas pelaksanaan GST dengan lebih agresif bagi mengelak
penipuan oleh peniaga.
"Kerajaan telah memaklumkan bahawa pelaksanaan GST memberi jaminan harga
barangan menjadi lebih rendah, tetapi apa yang berlaku adalah
sebaliknya," kata usul tersebut.
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.