Pemberontakan Akar Umbi Umno Bermula.. Najib Bakal Berkubur.
Pemberontakan
akar umbi Umno bermula di Selatan tanah air pada ketika Tan Sri
Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh hari ini selepas 3 pemimpin sayap
bahagian di Johor mengumumkan peletakan jawatan mereka.
Dua ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian
Tenggara hari ini meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan
kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak selepas tindakan
drastiknya memecat Muhyiddin daripada Kabinet pada Selasa lalu.
"Peletakan jawatan ini kerana saya melihat perjuangan kepimpinan
tertinggi pada hari ini terpesong jauh daripada perjuangan asal
pemimpin-pemimpin terdahulu.
Kes pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet juga menyaksikan yang bercakap
benar itu dicantas, yang membela rakyat akan dipecat," kata AJK Pemuda
Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh dalam satu kenyataan
menerusi Whatsapp hari ini.
Dalam kenyataan bersama itu, seorang lagi AJK daripada bahagian sama,
Saiful Zakry Ripin juga mengumumkan peletakan jawatan daripada sayap
parti tersebut.Asrul membidas tindakan ke atas Muhyiddin sebagai
pengkhianatan kepada perjuangan Umno yang sepatutnya mendengar keluhan
rakyat.
Pemberontakan Akar Umbi Umno Bermula.. Najib Bakal Berkubur
Pemberontakan Akar Umbi Umno Bermula.. Najib Bakal Berkubur
"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya berasa
pengkhianatan kepada bangsa saya, agama dan parti saya."Ini tidak
sehaluan dengan perjuangan saya dan perjuangan pemimpin terdahulu,
kepimpinan sekarang tidak banyak mendengar keluhan rakyat," katanya.
Sementara itu, seorang lagi pemimpin sayap, Ketua Pergerakan Puteri Umno
Bahagian Tebrau Suriyani Subar juga sudah meletakan jawatan pada 13
Julai lalu.Surat peletakan tersebut sudah dihantar kepada Ketua Puteri
Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
Sementara itu, sumber memberitahu bakal terdapat lagi pemimpin akar umbi
dari Johor khususnya daripada sayap parti yang bakal mengikut jejak
sama.Difahamkan, mereka tidak berpuas hati dengan cara layanan presiden
terhadap Muhyiddin, pemimpin nombor 2 parti yang berasal dari Johor itu.
"Ini maruah orang Johor, bagaimana boleh seorang pemimpin nombor dua
diberikan layanan begitu."Ramai lagi yang akan meletak jawatan,
terutamanya daripada Johor," kata sumber Umno Johor itu.
Terdahulu sebelum kontroversi pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet,
penganjur kontroversi Nothing 2 Hide Datuk Khairul Anuar Rahmat juga
sudah meletak jawatan selaku naib ketua Pemuda Umno Johor dan ketua
Pemuda Umno Bahagian Kluang.
Selasa lalu, Najib mengumumkan barisan Kabinet baharunya tanpa Muhyiddin
dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang disingkirkan kerana
tidak selari pandangan dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu masih belum dipecat daripada Umno
dan masih mengekalkan jawatan masing-masing.Kedua-dua pemimpin
difahamkan juga tidak berpuas hati dengan keputusan penyingkiran itu.
Muhyiddin ketika ini sedang berada di kawasan parlimennya, Pagoh, lawatan pertama selepas disingkir.
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.