Lu Fikirlah Sendiri...
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini berkata, penahanan seorang timbalan pendakwa raya, bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pegawai Pejabat Peguam Negara dibuat berhubung kebocoran maklumat.
"Siasatan juga ditumpukan kepada kebocoran rasmi kerajaan yang disalahgunakan pihak tertentu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Khalid
juga menamakan tiga individu itu sebagai Tan Sri Rashpal Singh Jeswant
Singh (bekas penasihat SPRM), Ahmad Sazilee Abdul Khairi (timbalan
pendakwa raya) dan Ketua Pentadbiran dan Kewangan Sekretariat Pasukan
Petugas Khas, Jessica Gurmeet Kaur Nashattar Singh.
Kata Khalid, pegawai dari Bank Negara Malaysia dan beberapa bank komersial juga disoal siasat bagi membantu siasatan polis.
"Polis akan menjalankan siasatan telus dan adil berdasarkan kepada peruntukan undang-undang," katanya.
Penahanan itu dibuat ketika pasukan petugas khas tersebut sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku pengaliran dana 1MDB ke akaun persendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.